Jika anda ada duit tunai yang banyak dan mencari-cari sebuah kereta sport yang terus meningkat nilainya, mungkin BMW E30 M3 keluaran tahun 1991 pilihan yang sangat sesuai. Ia bukan lagi rahsia yang harga model ini meningkat sejak sedekad yang lalu tetapi untuk mendapatkan kereta yang masih lagi dalam keadaan baik dan kurang perbatuannya memang agak mencabar. Seperti kereta yang dapat dilihat sekarang ini, ianya sedia untuk dilelong dari Manhasset.
Kereta ini dijual dengan semua kelengkapan manual dari kilang, pelekat tingkap dan repot bersih dari Carfax. Pada bahagian eksterior (luar), ia telah dicatkan dengan warna merah yang dikenali sebagai Brillantrot. Tayarnya pula dilengkapkan dengan tayar standard 15” 205/50 Dunlop Direzza DZ101. Bahagian dalam pula, di bahagian kabin dilengkapi dengan upholsteri sport kulit yang dipanjangkan sehingga ke bahagian panel pintu, karpet dan juga lantai kereta.
Lihat pada bahagian stereng, juga dari kulit. Semuanya masih dalam keadaan elok dan baik termasuk penghawa dingin dan radio kaset (jarang ada zaman sekarang). Jika anda perhatikan, ia memang dijaga dengan cukup rapi baik di bahagian luar mahupun di bahagian dalamnya.
Kereta ini dikuasakan oleh enjin 4 silinder 2.3 liter yang menghasilkan 192hp dan 170 lb-ft (230 Nm) torque yang dihantar ke bahagian tayar belakang menerusi transmisi manual 5 kelajuan. Bagaimana pula dengan perbatuannya? Sehingga artikel ini ditulis, ia sudah mencecah sejauh 18,000 batu pada odometer! – carscoops