Lebih Ringan Dan Lebih Menyeronokkan Berbanding S2000 Standard!

Jika minat memandu kereta sport yang tangkas dan mampu membuat anda tersenyum lebar sampai ke telinga, Honda S2000 sangat sesuai untuk memenuhi semua kriteria itu. Model ini ada dua versi iaitu S2000 dan S2000 CR (Club Racer) yang dibina khusus untuk litar di antara tahun 2007 dan 2009. Hanya 625 unit dikeluarkan di Amerika dan dari jumlah itu, sebanyak 140 unit didatangkan dengan warna Rio Yellow Pearl seperti yang dapat dilihat sekarang.

Model keluaran tahun 2008 yang dilengkapi enjin VTEC 4-baris 2.2 liter ini mencatatkan sejauh 2,047km dan seperti model Club Racer lain, ianya lebih ringan untuk prestasi keseluruhan yang lebih baik berbanding S2000 standard. Walaupun enjin masih sama, ia menghasilkan 237 hp (241 PS) dan tork 162 lb-ft yang disalurkan menerusi kotak gear manual 6-kelajuan.

Antara perubahan lain yang dilakukan terhadap Honda S2000CR ini seperti lower ratio steering rack, ekzos yang diperbaiki, nut black lug, suspensi lebih keras, tayar belakang lebih lebar dan body kit dengan lip hadapan juga wing belakang lebih lebar untuk meningkatkan kehebatannya.

Bahagian dalam pula, sarung tempat duduk dipakaikan dengan upholsteri kuning yang kontra dengan jahitan kontra (juga dipakaikan pada stereng dan panel pintu), ditambah gentian karbo di konsol tengah. CR didatangkan tanpa penghawa dingin atau radio tetapi model ini dilengkapi kedua-duanya.

Secara keseluruhannya, berat Honda S2000 CR ini 41kg lebih ringan berbanding model standard dan lebih seronok untuk dipandu khususnya di hujung minggu!

Sumber : Carscoops