Lebih Baik Dari Kebanyakan Kenderaan Camper Lain?

Setuju atau tidak, BMW M4 bakal menjadi salah sebuah kereta yang paling hangat untuk tahun 2021 nanti. Berbeza dengan kebanyakan kaki modifikasi yang sudah memasang angan-angan untuk mengubahsuai kereta ini, Brad Builds telah pun melakukan sesuatu yang tidak difikirkan orang.

Kenderaan camper atau kenderaan yang digunakan untuk tujuan berkhemah, jarang ditemui di Malaysia tetapi masih ada beberapa peminat yang berusaha mengubahsuai kenderaan untuk dijadikan camper. Kebiasaannya sebuah van kerana ianya lebih luas. Jadi, apabila Brad Builds mengubahsuai BMW M4 ini menjadi sebuah camper, ia pastinya memberi lebih banyak kelebihan khususnya dari sudut bahan api!

Bagi melengkapkan BMW M4 ini sebagai sebuah camper yang sempurna, Brad Builds telah mengisi beberapa keperluan untuk kegunaan aktiviti luar (outdoor) termasuk panel solar dan juga dapur kecil. Malangnya, camper ini tidak mampu menampung orang lain atau keluarga anda tetapi masih mempunyai ruang yang cukup untuk haiwan peliharaan seperti kucing atau anjing.

Barangkali, BMW M4 ini sesuai untuk mereka yang ingin berseronok menikmati long drive di hujung minggu tanpa perlu menyewa mana-mana bilik hotel. Idea yang bagus, kan?

Sumber : Autoevolution