Latihan Disediakan Bagi Menyediakan Pemilik Memandu Dengan Selamat

Sedikit masa dahulu, Mini telah memperkenalkan model elektrik pertamanya, Cooper SE sebagai sebahagian usaha daripada jenama British ke dalam industri elektrik masa hadapan. Baru-baru ini, versi convertible telah pun diperkenalkan. Kini, satu lagi Cooper SE diperkenalkan untuk golongan kelainan upaya.

Mini menyediakan bantuan pengendalian dan pemanduan bagi memastikan orang yang mempunyai kemampuan paling rendah pun masih mampu memandu. Seiring dengan sasaran Mini untuk memberikan akses yang sama rata untuk semua khususnya untuk inovasi yang penting seperti yang dikatakan pengarah Mini, Stefanie Wurst.

Pelatih pemanduan berpengalaman, Tina Schmidt-Kiendl yang turut menggunakan kerusi roda, memberikan beberapa input berharga bagi memuatkan bantuan pengendalian ke dalam Mini Cooper SE. Bagi pemecutan, sistem ring tanpa wayar dipasangkan kepada stereng agar pemandu boleh mengendalikan Cooper SE ini dengan menggunakan tekanan tangan. Talaan karakter pendikit telah dikurangkan untuk digunakan parking dan ketika berada dalam kesesakan jalan raya.

Manakala untuk sistem pemberhentian, ia dikawal mengunakan tuil tangan yang ditempatkan bahagian kanan sebelah stereng. Ia senang untuk diakses pada bila-bila masa untuk menggunakan brek tanpa sebarang rod dipasangkan pada dashboard. Sementara itu, penutup pedal turut dipasangkan bagi memastikan pemecut asal dan juga pedal brek tidak berfungsi sendiri tanpa disengajakan.

Cuma ada satu masalah seperti yang dimaklumkan Schmidt-Kiendl, tidak semua stesen pengecasan mesra pengguna berkerusi roda. Menurut beliau, sekiranya benar-benar ingin melibatkan golongan kelainan upaya dalam masyarakat masalah seperti ini harus diambil kira dan langkah penyelesaian perlu dilakukan segera. Semua keperluan perlu dipertimbangkan terutamanya yang melibatkan inovasi teknikal.

Bagi memastikan para pemilik Cooper SE ini dapat memandu menggunakan tangan, syarikat Mini telah menawarkan satu kursus latihan pemanduan keselamatan istimewa di BMW dan pusat Mini Driving Experience (pusat Pengalaman Pemanduan Mini) di Maisach, di luar Munich. Kursus tersebut turut melibatkan latihan membrek, pergerakan mengelak dari permukaan jalan yang pelbagai serta perubahan lorong dengan atau tanpa menggunakan nyahpecutan yang turut melibatkan latihan pemanduan lebih lasak.

Sumber : Motor1