Lakaran Awal BMW 2 Series 2022, Pamer Perbezaan Coupe Yang Bijak?

Bayangkan jika kuasa menentukan rekaan kereta diserahkan kepada pengguna internet (netizen), tentu coupe BMW 2 Series ini menghadapi banyak masalah. Itu yang terjadi apabila artikel tentang G42 yang mendapat pelbagai komen sekaligus menimbulkan kontroversi khususnya tentang rekaan eksterior.

Terbaharu, BMW telah berkongsi tiga lakaran awal untuk coupe paling kecil yang tampil lebih retro berbanding produk akhir. Lampu bulat pada kereta kelabu dan oren seakan sesuai dengan 02 Series ini. Coupe kuning seakan mirip dengan produk sebenar cuma ia menampilkan lampu belakang berbeza berbanding set yang digunakan untuk produk akhir. Kluster di belakang adalah salah satu poin pertama yang diperkatakan tentang 02 Series untuk tahun 2022 ini kerana kebanyakannya beranggapan ia tidak sesuai untuk rekaan kereta ini secara keseluruhannya.

Apabila diperhatikan dengan teliti ketiga-tiga lakaran ini, ada bahagian yang telah dibuat melebih-lebih untuk impak yang lebih hebat. Mungkin. Rim tayarnya terlalu besar dan kereta ini pula terlalu rendah mencecah tanah. Manakala cermin sisi yang nipis dan ketiadaan pemegang pintu memberikan sudut profile sesuatu yang tidak realistik.

Selain itu, kekurangan kotak gear manual tidak langsung membantu. Jadi, sebahagian besar peminat BMW mengharapkan M2 akan menyedari isu ini dan mengembalikan pedal klac semua ke dalam kabin. Hanya masa yang akan menentukan samada orang ramai akan menerima gaya kereta ini seperti yang dikatakan ketua rekaan BMW Domagoj Dukec, rekaan yang baik bukan sekadar cantik atau buruk!

Sumber : Motor1