Ladies Myvi Communit, Bukan Sekadar Penyeri Mega Gath Passo

Satu-satunya peserta wanita yang bertanding dalam kategori didominasi lelaki, Ladies Myvi Community bukan hadir sekadar menyerikan majlis tetapi benar-benar memberikan persaingan sengit. Ditubuhkan pada Mei 2020, tulang belakang penubuhan kelab ini ialah Hani yang berasal dari Melaka.

Menggabungkan semua pemilik wanita seluruh Malaysia, Ladies Myvi Community telah pun disertai seramai 150 orang ahli. Walaupun masih lagi baru, semangat dan juga kesungguhan penaung serta semua ahlinya sepatutnya diberi pujian kerana berani menyahut cabaran bersaing bersama pemilik kereta yang sering kali didominasi lelaki.

Mega Gath Passo yang berlangsung di Serdang tempoh hari merupakan pengalaman pertama kelab yang dianggotai pemilik Myvi wanita ini. Mereka telah mendapat khidmat dan tunjuk ajar dari Kumin Garage Klang serta menghantar wakil krew iaitu Fatimah Bahirah sebagai peserta yang didaftar di bawah LMC untuk bertanding dalam tiga kategori;
1. Best Engine Bay NA
2. Best Passo Racy
3. Best Color

Walaupun tidak berjaya pulang dengan kemenangan, mereka tetap tidak kalah kerana pulang dengan penuh maruah. Bertanding dalam ketiga-tiga kategori itu pun sudah cukup membuktikan bawaha mereka pantang dicabar dan tidak gentar untuk meneruskan minat serta perjuangan dalam sukan modifikasi kereta di Malaysia. Tahniah Ladies Myvi Community, semoga lebih banyak acara yang akan disertai selepas ini!