Kini Sehingga Ke Sime Darby Auto Hyundai, Jalan Klang Lama

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) telah mengembangkan operasi jualannya Hyundai Promise (Hyundai Promise Approved Used Car Programme) sehingga Sime Darby Auto Hyundai, di Jalan Klang Lama ekoran permintaan yang tinggi untuk kereta terpakai yang diluluskan Hyundai. Selain outlet yang terletak di Lot 33, Temasya Industrial Park, Glenmarie, Shah Alam, para pelanggan mencari kereta terpakai yang diluluskan Hyundai di Sime Darby Auto Hyundai, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

Menurut Pengarah Urusan, Peruncitan dan Pengedaran SDM, Encik Jeffrey Gan, berkata, peningkatan permintaan untuk kereta terpakai di bawah Hyundai Promise adalah kayu pengukur dengan peningkatan pasaran untuk kereta terpakai di Malaysia. Tambahan pula, rate untuk kereta terpakai Hyundai meningkat khususnya untuk kereta yang diperkenalkan dalam lima tahun.

Manakala menurut pengarah urusan HSDM, Low Yuan Lung, berkata, perkembangan operasi jualan sehingga Jalan Klang Lama ini adalah untuk memenuhi permintaan pelanggan di Kuala Lumpur yang menyaksikan peningkatan sangat menggalakkan.

Hyundai Promise menjadi sebuah segmen perniagaan yang penting dan melengkapi ekosistem perniagaan Hyundai sedia ada.

Model Hyundai pra-milik yang dijual menerusi Hyundai Promise didatangkan dengan alat-alat ganti asli dan juga enjin asli. Pemeriksaan yang ketat juga dilakukan oleh juruteknik terlatih untuk memastikan semua kenderaan berada dalam keadaan optima khususnya dari segi elektrik dan mekanikal sebelum diluluskan.

Kenderaan yang telah diluluskan merupakan kenderaan yang bebas kemalangan, jadi para pelanggan tidak perlu runsing ketika membeli. Semua kereta yang telah diluluskan turut didatangkan dengan waranti lanjutan selama 2 hingga 5 tahun, bergantung kepada usia kenderaan tersebut dan juga perbatuan yang dicatatkan.

Jika anda berminat, kunjungi Hyundai Promise Centre yang dibuka dari 9 pagi sehingga 5 petang pada hari bekerja dan 9 pagi sehingga 12.30 tengah hari pada hari Sabtu. Tutup pada hari Ahad.