Siapa yang tak kenal model Honda Civic generasi keempat ni? Tengok rupa aje mesti ramai yang tahu model ini sangat terkenal dengan modifikasi pada enginnya VTEC. Mesti ramai yang tertanya, kenapa jentera ni dipenuhi pelekat di sekelilingnya. Sebelum itu, melihat dari rupanya pun sudah tahu ia telah diubah menjadi gaya Group A. Sekejap, apa Group A tu? Jom, kita imbas serba sikit.
Pada awal 80-an, FIA telah membuat satu peraturan tetap melibatkan kuasa enjin, berat jentera dan kos. Bukan setakat itu, Honda juga terpaksa menghasilkan sebanyak 2500 unit kereta ‘on the road’ selama setahun untuk melepasi kategori Group A. Kebetulan pada masa itu, Honda juga sudah pun sangat popular di pasaran Asia dan Amerika syarikat. Maka, banyak penaja terkenal yang mewakili tiap-tiap kategori yang diberi.
Baik, sekarang berbalik kepada fokus utama kali ini iaitu Civic keluaran tahun 1987 yang masih kekal dengan rupa asal khususnya di bahagian luarannya. Dengan kreativiti yang ada pada pemilik jentera ini, jadilah ia sebagai jadian Civic Group A. Walaupun masih mengekalkan rupa yang asal, ada juga penambahan yang dilakukan seperti side mirror ganador dan rear spoiler yang betul-betul mengikut spesifikasi Group A. Sudah lebih 3 dekad, chasisnya masih tegap. Tak heran pun sebab ramai yang sanggup habis berpuluh ribu untuk mengekalkan rupa asal!
Nadi asal B16A yang ada pada model ini pun sudah mencukupi, tetapi pemilik masih memerlukan kuasa yang lebih tinggi. Beliau telah menyalin head B16B daripada model Type-R. Manakala bloknya telah ditukar ke B20B. Ramai juga yang buat modifikasi sebegini yang ditambah pula dengan cam Spoon. Bayangkanlah betapa ringannya jentera ini? Kena pula dengan blok 2 liter ni. Fuh!
Antara komponen berprestasi yang dipasangkan ke engin ini termasuk S90 throttle body, sard fuel regulator dan fuel pump Walbro serta injektor dari DC5 Type-R. Pomen jentera ni pula bukan sebarang pomen. Tiap-tiap bacaan angin dan minyak telah ditala dengan rapi. Bagi melepaskan semua pembakaran engin, jentera ini dilengkapi dengan Jasma 4-2-1 header dan piping 2.5” lengkap, bila VTEC dibuka memang syahdu. Memang rare ni!
Manakala bahagian penyejuk engin dipasang dengan radiator aluminium SARD yang ditambah pula dengan SPAL high speed fan. Power to weight ratio pada jentera ini sebenarnya dah lebih mengikut chasisnya, jadi breknya telah diubahsuai ke Type-R Brake kit. Jangan main-main, penting tu untuk keselamatan kalau berlumba di litar. Beliau memilih RPF1 bersaiz 15’ dan disalut dengan tayar Toyo R888R untuk lebih ringan dan lebih cengkaman. Stabiliti jentera pula dilengkapi dengan supensi Apexi N1 dan camber kit Hardrace. Memang betul-betul tegap!
Bagaimana keadaan dalam? Jom, kita intai apa yang menjadi tarikan peminat jentera ini!
Dalamannya dilengkapi dengan Cusco 6 point roll cage, KXL monkey bar, KXL room bar dan seat Recaro SPG. Bukan setakat tarik perhatian dengan chasis yang betul-betul ringan dan tegap, tak terkata perasaan teruja kalau berpeluang memandu jentera ini. Memang idaman, tambahan pula kalau dapat bahagian dalam yang menyerupai Group A. Dahsyat!
Bagi memerhati suhu enjin jentera ini, beliau telah memilih jenama Defi 4 beradik untuk mambaca suhu minyak enjin, suhu air, vacuum dengan tambahan Tachometer. Maklumlah, bila di litar mata kita tak sempat nak lihat meter RPM asal. Itu lah jadi kunci utama untuk kita shifting di litar.
Jentera ini dihasilkan Honda pada tahun 1987, tapi bila korang duduk dalam sedikit pun tak rasa oldschool. Memang satu jentera yang unik dihasilkan oleh pemiliknya dengan bantuan rakan dari PHR Garage. Siapa kata kereta lama tak hensem? Memang jiwa kena kental tapi apa pun itu adalah ciri ubah suai masing masing. Yang penting, tetap hensem, kan?