Kereta Rendah Tapi Selesa, Masuk Selekoh Pun Tak Kekok!

Setiap kenderaan yang dicipta memiliki pelbagai spesifikasi dan keistimewaan yang tersendiri. Dari pelbagai sudut, pemilihan sesebuah kenderaan bukan sahaja dari segi harganya sahaja tetapi meliputi prestasi serta kualiti yang bakal diterima oleh pengguna.

Setiap rekaan dan teknologi yang ditampilkan telah mendapat kiraan serta padanan yang bersesuaian ilham daripada para jurutera yang sememangnya arif tentang setiap kenderaan yang ingin dihasilkan. Namun, adakah semua yang dapat kepada kita bakal memuaskan hati ataupun sudah cukup padan dengan kenderaan tersebut?

Walaupun sesetengah pengguna sudah berpuas hati, namun ada juga segelintir yang masih mahukan yang lebih baik untuk kenderaan mereka lebih-lebih lagi yang melibatkan aspek keselamatan dan keselesaan. Ada pula, bagi kenderaan yang sudah agak berusia, beberapa perlatan baru perlu digantikan dan masa inilah yang sesuai bagi pemiliknya untuk memilih sesuatu yang lebih baik untuk kenderaan mereka.

Sebagai sebuah pengeluar sistem suspensi tempatan yang terkenal, pihak FTuned Racing sentiasa melakukan kajian dan pembangunan dalam setiap produk mereka samada untuk kegunaan kenderaan perlumbaan, berprestasi tinggi dan tidak ketinggalan juga kenderaan harian. Ini merupakan salah satu inisiatif yang sangat hebat ditunjukkan oleh pihak FTuned dalam mencipta nama sebagai sebuah pengeluar sistem suspensi tempatan yang boleh bersaing dengan pengeluar-pengeluar besar di dunia.

Baru-baru ini FTuned Racing memperkenalkan gegelung CLS atau dengan nama panjangnya Comfort Lowering Spring. Gegelung CLS ini dihasilkan bertujuan untuk memastikan tahap keselesaan sesebuah kenderaan itu masih lagi tidak terganggu walaupun ianya telah direndahkan sedikit berbanding yang asal. Dengan tahap ketinggian yang telah berubah menjadi lebih rendah, prestasi sesebuah kenderaan itu juga akan semakin baik lebih-lebih lagi dari aspek pengendalian dan kestabilannya.

Untuk gegelung CLS ini, ianya telah benar-benar diuji oleh pihak FTuned sendiri bagi memastikan setiap produk mereka ini menepati setiap kehendak yang diperlukan oleh para pengguna mereka. Walaupun direka untuk prestasi, ianya masih lagi dapat memberi keselesaan yang seringkali diabaikan oleh para pengubahsuai kereta demi mendapatkan kepuasan dalam pemanduan mereka.

Gegelung CLS ini direka khusus bagi setiap model kenderaan yang dihasilkan serta menggunakan material yang sangat berkualiti dan memiliki daya tahan lebih baik. Gegelung CLS dihasilkan oleh pihak FTuned Racing untuk beberapa model kereta antaranya VW Golf MK6/Jetta, Perodua Bezza/Axia, BMW 5 Series F10/G30 dan Honda City GN2.

Bagi pengguna Toyota Vellfire dan juga Alphard, FTuned juga menyediakan pilihan gegelung CLS S+ bagi kenderaan anda. Ianya dapat membantu memberi lebih kestabilan dan keselesaan pada tahap ketinggian yang lebih baik berbanding gegelung CLS yang sebelum ini. Keyakinan untuk mengambil selekoh juga akan lebih tinggi walaupun dalam keadaan muatan yang lebih berat dalam kenderaan.

Anda tidak perlu khuatir, produk yang dihasilkan oleh FTuned Racing ini didatangkan dengan jaminan 2 tahun.

Untuk maklumat lebih lanjut anda boleh menghubungi;
F Tuned Racing Suspension
No.9, Jalan Seri Rejang 4,
Taman Sri Rampai,
53300 Kuala Lumpur.
No Tel : 012 – 777 0747
Emel : ftunedsuspension@gmail.com
atau
Selain itu, anda juga boleh berhubung terus menerusi laman sosial;
Facebook : https://www.facebook.com/ftuned
Instagram : https://www.instagram.com/ftunedracingsuspension/