Bila sudah berumah tangga, pasti kita akan memikirkan keselesaan untuk keluarga. Lebih-lebih lagi kenderaan yang kita gunakan seharian. Walaubagaimanapun, keselesaan itu bukan sahaja bergantung kepada sesebuah kenderaan itu tetapi bagaimana kita menyusun dan mengatur sesuatu perjalanan.
Di mana-mana sahaja, sesebuah kereta itu bukan sahaja bertujuan untuk membawa penumpang tetapi turut digunakan bagi tujuan mengangkat barang yang bersesuaian untuk dibawa. Jentera wagon merupakan sebuah kereta pelbagai guna. Dengan ruang yang besar di bahagian belakangnya, ianya amat bersesuaian bagi tujuan membawa penumpang serta mampu membawa muatan yang banyak atau besar sekali gus. Itu sebabnya, kebanyakkan jentera wagon didatangkan dengan enjin berkapasiti besar dan mampu untuk menjana kuasa yang lebih baik jika membawa muatan yang banyak.
Mitsubishi Legnum Station Wagon ini salah satu jentera yang boleh dikatakan rare di Malaysia. Tidak banyak dan sangat sukar untuk kita lihat kelibatnya di atas jalan raya. Didatangkan dengan enjin twin turbo V6 serta 5 kelajuan automatik, kereta ini pastinya mampu membawa beban yang berat tanpa sebarang masalah. Ini salah satu kegunaan yang memang diharapkan oleh si pemilik sebenarnya. Untuk lebih kesempurnaan dalam pemanduan, beberapa peralatan asal digantikan dengan yang lebih berprestasi tinggi antaranya ‘blow-off’ HKS, pelaras bahan api Sard serta muffler ekzos Blitz Nur Spec. Bahan api dari tangki utama dihantar masuk ke bahagian enjin menggunakan pam Walbro 255lph.
Jentera ini telah dipasangkan dengan sistem penyerap hentak boleh laras dari jenama Aragosta yang pastinya akan memastikan kedudukannya nampak lebih elok serta mampu memberikan kuasa kawalan lebih baik apabila memandunya. Sistem breknya juga dinaik taraf dengan penggunaan brek milik Mitsubishi Evolution 9 bagi tahap cengkaman lebih baik.
Ruang dalamannya juga semua masih lagi kekal yang asal, cuma ditambah elok dengan tempat duduk Recaro di bahagian hadapan. Luarannya pula diserikan lagi dengan lampu utama Cibie, grill dan hood hadapan Vouge serta cermin sisi ganador. Istimewanya, warna jentera ini sememangnya luar biasa cantik yang pernah dilihat. Ditambah pula dengan padanan rim Rays Gram Lights berukuran 18 inci dan juga tayar Hankook RS4, ternyata mempersona.
Kalau pinjam nak pegi camping agak-agaknya Nim bagi tak?
SPESIFIKASI
-
-
- Pemilik – Muhammad Tasnim
- Pengeluar – Mitsubishi
- Model – Legnum Statio Wagon
- Tahun – –
- Enjin Asal – –
- Modifikasi Enjin – Enjin 6A13 twin turbo v6, blow off-turbo 18G -blow off HKS, Walbro 255lph, fuel regulator Sard, ekzos Blitz Nurspec
- Transmisi – Automatik 5 speed
- Elektronik – Asal
- Ekzos – –
- Luaran – headlamp Cibie, Vouge grill, hood Vouge, side mirror Ganador
- Suspensi –Aragosta hi-low soft hard
- Brek – Brembo Evo 9
- Rim & Tayar – Rays engineering Gram Lights 57DR 18inci 9.5jj offset 22, tayar Hankook RS4 265/45/18
- Dalaman – Seat Racaro
- Bengkel – 199garage, Hotwheel car bodyworks and paintshop
-