Baru-baru ini, Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) telah melancarkan kempen servis pertengahan tahun untuk semua pelanggan dengan penawaran diskaun tambahan kepada pemegang kad Hyundai Loyalty.
Bermula 1 Jun hingga 21 Julai, para pelanggan yang menghantar kenderaan ke mana-mana pusat servis Hyundai akan menikmati diskaun sehingga 15% di atas alat-alat ganti terpilih dan 10% caj buruh. Pemegang kad Hyundai Loyalty pula akan menikmati diskaun 25% di atas alat-alat ganti terpilih dan 15% untuk caj buruh.
Manakala alat-alat ganti terpilih yang diberi diskaun termasuk gasket, penapis minyak, penapis udara, palam pencucuh dan banyak lagi. Kempen servis ini diadakan setiap 2 atau 3 kali setiap tahun untuk menggalakkan para pelanggan memastikan pengendalian berkala untuk penjagaan kenderaan mereka.
Menurut Pengarah Urusan HSDM, En. Low Yuan Lung berkata, lebih banyak tawaran diberikan kepada para pelanggan dengan pelancaran kad Hyundai Loyalty yang membolehkan mereka menikmati ganjaran menarik. Kad ini ditawarkan kepada pelanggan yang membeli kereta baharu Hyundai sebagai tanda penghargaan. Ia juga ditawarkan kepada sesiapa yang memiliki kereta Hyundai. Jika berminat, pemilik kereta Hyundai boleh memohon kad ini dari mana-mana pusat servis Hyundai di seluruh negara.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kempen atau sebarang produk keluaran Hyundai, sila hubungi 1300-13-2000 atau layari www.hyundai.com.my.