Kempen Prosperous Reward, Jimat Sehingga RM4,000!

Musim perayaan masih lagi berterusan dan terus diraikan oleh segenap lapisan rakyat Malaysia. Baharu sahaja rasanya menyambut kedatangan krismas, diikuti pula dengan Tahun Baru 2023 dan kini giliran ketibaan perayaan Tahun Baru Cina pula. Kempen Prosperous Reward, menawarkan penjimatan sebanyak RM4,000!

Mungkin ada di antara anda yang sengaja melengah-lengahkan pembelian kereta baru kerana menunggu tahun pendaftaran yang baharu. Berita ini pastinya disambut baik khususnya para pembeli, tambah pula tempohnya dilanjutkan sehingga bulan ini. Promosi bulanan untuk Honda Malaysia ini mengambil tema Tahun Baru Cina menampilkan haiwan; arnab.

Bukan kereta stok kerana promosi ini dibuat dengan menggunakan model kereta-kereta baru 2023. Antara model kereta terlibat dalam promosi ini ialah City, City Hatchback dan Accord. Jadi, Logiknya, kereta sedan segmen D mendapat diskaun lebih banyak. Kelima-lima varian sedan City dan Hatch; S,E,V, V Sensing dan RS untuk mendapatkan diskaun RM1000.