Kemenangan Sulung Di Euroformula Open, Kini Di Tangga Ke-4 Keseluruhan

Aksi cemerlang Nazim Azman bersama pasukannya Crypto Tower Racing yang memberikan saingan sengit akhirnya membuahkan hasil dengan kemenangan sulung untuk pelumba muda itu di perlumbaan Euroformula Open. Berlangsung di Litar Red Bull Ring di Austria, Nazim dilihat tidak menghadapi masalah untuk mengawal seluruh pusingan bagi Perlumbaan Keenam ini.

Kemenangan paling manis sekaligus menjadikan impian Nazim untuk meraih kemenangan sebuah kenyataan apabila menamatkan perlumbaan di kedudukan pertama. Ia juga menjadikan Nazim sebagai pelumba Malaysia pertama menguasai saingan Euroformula.

Manakala di tempat kedua dimenangi pelumba Van Amersfoort Racing, Cem Bolukbasi dan di tempat ketiga pula dimenangi rakan sepasukan Nazim, Louis Foster. Hasil keputusan itu, Nazim kini menduduki tangga keempat keseluruhan dengan 208 mata dan hanya dipisahkan 49 mata dengan Foster selepas mengumpul 257 mata.

Sumber : Kosmo