Kembalinya Sebuah Ikon

Selepas sedekat pelancaran pertama 370Z, akhirnya penggantinya telah pun tiba. Nissan Z 2023. Sport car yang dinanti-nantikan selama ini telah dilancarkan di New York. Penampilannya tidak jauh berbeza dengan konsep Z Proto tetapi, perubahan yang paling jelas adalah trunklid spoiler yang tampil lebih agresif.

Ketika pelancarannya, Nissan Z ini didatangkan dalam dua versi; Sporty dan Performance dengan pilihan istimewa Proto Spec yang diinspirasikan dari konsep tahun lepas. Secara keseluruhannya, hud yang panjang pada Nissan Z ini dengan jalur maskular seakan memberikan tribut kepada generasi pertama Z. Gril petak dari Proto dikekalkan dan lampu utama dengan lampu siang LED mengimbas kembali Fairlady 240ZG pada era 1970an.Ia bakal ditawarkan dengan tiga warna mono-ton eksterior dan enam warna dua ton.


Ia dikuasakan oleh enjin V6 turbocharged berkembar 3.0 liter yang menguaskan 400 hp dan tork 350 lb-ft (475 Nm). Didatangkan dalam dua pilihan transmisi; manual dengan 6-kelajuan yang memacu roda belakang serta mempunyai sistem kawalan terkini. Model ini juga dilengkapi dengan driveshaft komposit carbon fiber. Pilihan kedua pula adalah transmisi automatik dengan 9-kelajuan.
Models ini pula dilengkapi dengan mode pemanduan Standard dan Sport yang didatangkan bersama kawalan pecutan yang telah dikemaskini, profil stereng mode sport, bunyi aktif yang dipertingkatkan dan kawalan dinamik berorientasikan sport. Selain itu, model terbaharu untuk tahun 2023 ini menampilkan kaliper aluminium 4-piston di bahagian hadapan dan 2-piston di bahagian belakang.

Dua varian biasa ini dipasangkan dengan rim 19-inci dengan tayar depan 255/40 front dan 275/35 tayar belakang untuk Performance berbanding 245/45 tayar depan dan belakang untuk Sport. Z Performance juga dilengkapi dengan klac mekanikal limited-slip. Varian terhad Z Proto akan dilengkapi dengan kaliper brek kuning, rim berwarna gangsa, tempat duduk kulit dengan jahitan juga berwarna kuning. Hanya 240 unit akan dikeluarkan.

Bahagian interior Nissan Z 2023 ini mengikut tema eksterior dengan mengambil rekaan retro yang berbeza dari Toyota Supra. Kereta ini turut didatangkan dengan kluster instrumen digital 12.3-inci dan mempunyai 3 pod analog di atas skrin infotainmen dan pemapar tekanan, kelajuan turbo dan voltan. Para pelanggan boleh memilih antara warna Graphite, Merah dan Biru.

Nissan masih belum mengumumkan harga rasmi dan ia bakal berada di pasaran Amerika Syarikat pada musim bunga ini.

Sumber : Carscoops