Kick terbaharu yang telah dikemaskini mempunyai banyak persamaan dengan model pengenalannya pada pertengahan 2020, bukan sahaja di Jepun malah untuk pasaran US juga. Salah satu ciri kemaskini yang paling signifikan adalam motor e-POWER yang mempunyai 5% lebih kuasa dan juga lebih 7% tork berbanding sistem generasi pertama.
Sistem e-Power terdiri dari enjin 3-silinder 1.2 liter yang menghasilkan 78hp dan tork 76lb-ft (103Nm) yang berfungsi sebagai generator untuk pek bateri 1.57kWh. Ia ditambah lagi dengan motor elektrik dengan 127hp dan tork 192 lb-ft (260 Nm). Kuasa dari motor elektrik ini ditingkatkan menjadi 134 hp sementara tork pula meningkat kepada 206 lb-ft (280 Nm).
Tambahan pula, Nissan telah meningkatkan lagi saiz pek bateri menjadi 2.06 kWh, manakala kecekapan bahan bakar dipertingkatkan 6.4 % berbanding model Kicks terdahulu. Menurut laposan Carscoops, Nissan juga telah mempertingkatkan kesenyapan dalam kabin menerusi pengurangan frekuensi pemula enjin pada kelajuan yang rendah. Bukan itu sahaja, e-Pedal Step juga menghasilkan pengalaman pemanduan yang lebih menenangkan, pemecutan yang lancar ketika pedal dilepaskan.
Tambahan terbaharu yang boleh didapati dalam barisan terbaharu model Kicks e-Power 4WD yang menampilkan sistem AWD elektrik (electric all-wheel drive system) Nissan juga memasangkan sistem Intelligent Forward Collision Warning sebagai spesifikasi standard untuk semua gred, lengkap bersama pengesan radar di bahagian hadapan.
Terdapat beberapa perubahan kecil yang telah dilakukan dalam bahagian kabin termasuk konsol tengah dan tuas anjakan. Model ini turut ditawarkan dengan interior dua ton warna. Varian terbaharu juga disertakan sebagai Style Edition yang turut ditambah dan didatangkan sebagai spesifikasi standard dengan interior perang dan gelap, gril dengan penampilan krom.
Di Jepun, ia dijangka dijual bermula pada harga 2,798,400 yen ($20,302) atau RM90,396.178 untuk level entri varian 2WD dan dengan harga 3,281,300 yen ($23,805) atau RM106,025.63 untuk flagship Kicks 4WD Style Edition.
Sumber : Carscoops