Percaya atau tidak, orang Malaysia ni bila beli kereta bukannya pikir pun pasal consumption. Kebanyakan yang beli kereta sebab mereka rasa mampu bayar deposit dan bayar bayaran bulanan. Yang tak pikir langsung pasal asal-usul kereta pun bukannya sedikit. Itu belum termasuk yang termakan janji manis salesmen yang merepek entah apa benda pasal kereta. Naza Sutera dikatanya buatan Korea. Naza Bestari dikatanya sparepart murah.
Di sebalik kereta-kereta ‘gagal’ yang masih banyak dijual pada hari ini, terdapat rangkaian kereta yang memiliki reputasi yang bagus. Satu contoh yang baik ialah Kelisa dan Kenari (Viva juga Myvi). Kelisa dan Kenari merupakan kereta yang sudah tidak diproduksi lagi tetapi memegang harga yang cukup bagus untuk nilai pasaran terpakai. Kalau tak percaya, lu orang boleh bandingkan tahun pengeluaran yang sama dengan kereta-kereta lain. Mahu atau tidak, kedua-dua kereta ini masih memang dari segi nilai jualan semula.
Kelisa dan Kenari menggunakan platform kereta yang sama. Walaupun kereta ini bagus pasarannya, hanya ada dua benda sahaja yang positif tentangnya. Minyak jimat dan senang parking. Handling? Macam shilake, ride comfort? Jangan harap. Power? Bolehlah untuk jalan bandar atau menewaskan Satria 1.3 rim 17 naik bukit. Hakikat yang membuatkan kereta ini laris satu ketika dahulu ialah dua benda yang gua sebutkan tadi. Jimat minyak dan senang parking. Bonusnya, kereta ni bolehlah dikategorikan murah (kalau dibandingkan dengan Hyundai i10, Atoz, Chana atau Naza Sutera). Kecuali Savvy.
Golongan muda pula, memilih K-Car ini kerana ia banyak benda di Jepun yang boleh disalin. Tidak dinafikan, sebuah Kelisa pekak dengan skirt kedai Abang sangatlah kelihatan hina sekali. Tetapi, cuba salinkan jadi seperti kereta ni. Sekarang apa pendapat lu orang?
Gino ialah salah satu rangkaian model yang diasaskan dari casis L7. Pada ketika ini, Daihatsu membuat dua model (selain L8) untuk pasaran domestik Jepun iaitu Cuore dengan lampu D berimej kontemporari moden, dan sebauh lagi Gino berimej klasik. Berbeza dengan tema klasik pada Mitsuoka yang nampak seperti ikan keli diatas darat sedang menggelupur, Gino lebih terarah kepada imej Mini. Bagi sebuah kereta British yang telah dianugerahkan sebagai kereta profilik abad ke 20, Mini ialah ikon yang berjaya. Bila ditiru Daihatsu, ia memang tidak akan gagal.
Kelisa senang saja nak jadi Gino. Salin semua parts badan dan simpan parts Kelisa yang asal untuk pelan kontigensi yang mana jika mendapat surat dari JPA untuk pemeriksaan, bolehlah pasang balik bodypart asal Kelisa. Jangan tak ada spare, sebab nanti payah kalau kereta disita.
Kelisa yang dimiliki Raja Ahmad ini merangkumi pengubahsuaian yang menyeluruh. Sampaikan gua tak paham berapa banyak aksesori rare yang kadangkala harganya merepek meraban tapi masih dibeli orang. Gila apa beli arch krom dengan lining sampai RM1000 pun gua tak tau, side mirror yang boleh dapat Yamaha Sports terpakai.
Di dalam ruang enjin kereta ini ialah Gino turbo, apa barang pakai enjin standard Kelisa, mana ada power. Enjin 660cc turbo ini tidak diusik melainkan pemasangan injap HKS SSQV, penapis udara K&N dan paip stainless steel serta hos Samco. Ekzos pula dari RSR dengan tabung yang keluar di bahagian tengah. Pesen JDM yang asal, bukan custom.
Suspensi dari GAB dan brek L700 Gino. Rimnya pula ialah SSR Type C RS dengan tayar Silverstone 175/50. Nak harap comfort memang tak ada. Kalau lu orang nak tahu, Mini Cooper S JCW dengan suspensi lowered Bilstein tidaklah comfort mana. Sebabnya, kereta yang kecik memang susah nak dapat handling yang selesa. Melainkan dibuat berat. Tetapi tidaklah jimat minyak nanti.
Bodypart kereta ini disalin dari model asas Gino. Grill dari DCN dan cuba lu orang cari mana side mirror kereta ni. duduknya di atas fender badan. Model DCN yang datang dengan penutup side mirror mount asal. Kalau diikutkan praktikal memang tak boleh blah, gila apa kena suruh jiran tolong ejas side mirror belah kiri nak tengok belakang. Tapi kalau diukur dari segi rarity, inilah yang dikatakan champion.
Di bahagian belakang pula ialah spoiler Cuore TR dan bumper DCN. Segala aksesori krom boleh dilihat pada kereta ni. Roof rack dengan spotlight Cibie atas bumbung tu pun dah berapa duit habis. Pokoknya, nak buat sebuah Kelisa jadi seperti ini sama nilainya dengan dua buah Kelisa pekak. Hanya yang hardcore je sanggup gua rasa.
Bahagian dalaman kereta ini apa kurangnya. Setelah disalin dengan aksesori Gino, sesetengah bahagian ditrim dengan kemasan kayu, wooden garnish orang putih kata. Sebabnya, bukan semua aksesori Jepun datang dengan kemasan begitu. Tempat duduk, karpet dan panel pintu pun turut disalin.
Di penghujung cerita, sebuah kereta yang tidak lagi berada dalam arena produksi akan kekal dengan poliferasi begini. Maksudnya, pengikut baru atau yang otai- mungkin beralih kepada Viva, Myvi atau Nautica (hah. Ada orang modified ke?) tapi yang lama tetap dengan cara lama. Klasik, barang tak murah, pastu kereta pun tak berapa murah? Tapi pelik bin ajaib, ia masih lagi popular.
Sumber : Mekanika
Website : https://www.mekanika.com.my/
Facebook : https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram : https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube : https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ