Kelahiran Sebuah Sedan Baharu Serba Mewah!

Kenderaan untuk keluarga moden dari Land Rover tampil bergaya dan juga cantik rekaannya. Bermula dari Discovery Sport, Discovery dan Defender kepada Evoque, Velar, Sport (generasi terbaharu yang akan didedahkan kepada umum pada 10 Mei ini) tetapi adakah rekaan ini sesuai dikenakan ke atas sebuah sedan? Pernah tak anda terfikir tentang hal ini?

Soalan ini pernah dijawab dahulu tetapi masih belum ada lagi rekaan di atas kertas mahupun direalisasikan. Bagaimanapun, gambar-gambar yang dapat dilihat ini merupakan hasil lakaran Theottle ‘dibina’ atas sebuah Rolls-Royce Ghost yang dikenakan gaya Range Rover generasi baharu.

Bentuk seakan kotak asal Rolls-Royce Ghost ini dikekalkan menerusi potret ilustrasi digital yang digabungkan dengan bahagian hadapan Range Rover 2022. Hasilnya, lampu hadapan asal Range Rover jadi lebih kecil, begitu juga grille dan bampar hadapan.

Di bahagian belakangnya, ciri-ciri Range Rover lebih menonjol berbanding Rolls-Royce dengan menampilkan lampu belakang taillight SUV mewah, diffuser dan beberapa perkara lain yang direka semula bentuknya agar dapat dimuatkan ke bentuk badan Ghost. Antara ciri-ciri lain yang diubah termasuk engsel pintu belakang dari pillar B kepada pillar C, trim fender depan dibuang dan rim baharu. Emblem Road Rover telah dihias di kedua-dua bahagian.

Secara visualnya, lakaran ini hanya sebuah sedan Rover mewah yang tidak lebih dari ‘menumpang’ badan Rolls-Ryce dan gagal kelihatan menarik. Sekiranya benar ada kuasa ghaib, JLR dan Rolls-Royce yang dimiliki BMW Group tidak akan pernah terfikir untuk mengambil lakaran ini untuk masuk produksi. Begitu juga peminat Rolls-Royce yang mempunyai duit, tidak akan membelinya. Kenapa?

Sanggupkah anda membeli sebuah Rover yang begini pada harga seperti membeli sebuah rumahdari membeli sebuah Roll-Royce sebenar?

Sumber : Autoevolution