Mungkin beberapa negara di dunia, Kei Car berhadapan dengan persaingan khususnya dari SUV tetapi ia masih kekal popular di negara Jepun. Malah, pengeluar menawarkan bermacam-macam pilihan. Baru-baru ini, Daihatsu telah mendedahkan versi terbaharu Kei Car Tanto – FunCross yang tampil bersedia untuk menjelajah di seluruh hutan konkrit!
Generasi keempat Daihatsu Tonto didedahkan pada tahun 2019 bersama kembar Subaru Chiffon. Model asas ini dikekalkan untuk tahun 2023 tetapi Daihatsu telah mengubah penampilan Tanto Custom denan memberikan grill besar gaya Lexus dan lebih krom, roda baharu dan warna yang lebih menyeronokkan. Apa yang lebih penting, barisan ini diluaskan dengan tambahan seperti Tanto FunCross yang boleh dikatakan, paling menarik berbanding yang lain.
Sebenarnya, Daihatsu Tanto FunCross bukan Kei Car pertama yang menggunakan gaya crossover kerana banyak pengeluar lain termasuk Suzuki dan Mitsubishi sudah pun menawarkan kenderaan yang sama di pasaran Jepun. Berbanding Tanto standard, FunCross ini diberikan bampar baharu yang dilitupi oleh plastik agar kelihatan lebih ganas.
Cara sama digunakan untuk pemilihan rekaan grill dan bahagian sisi yang dikatakan mengambil inspirasi dari Airbumps Citroen. Elemen spesifik lain FunCross termasuk skidplate dengan gaya aluminium, lampu utama LED, roof rail dan roda aloi berwarna gelap. Daihatsu juga mengeluarkan dua pakej aksesori; Rugged dan Casual Active yang membawakan lebih banyak pilihan untuk rekaan eksterior.
Bahagian dalam kabin 4-tempat duduk ini, FunCross dihiasi dengan aksen berwarna terang pada dashboard dan kad pintu, corak camouflage untuk upholsteri tempat duduk, kalis air untuk ruang kargo dan tempat duduk belakang. Skrin sesentuh infotainment 9-inci dan kluster instrumen digital yang diletak tinggi berbanding Tanto biasa. Pintu belakan slaid automatik dan tempat duduk yang boleh ditolak terus ke belakang.
Beberapa ciri praktikal seperti slot pengecas USB di bahagian belakang, tempat simpan barang ekstra di bawah boot, lampu interior dan juga roof rack pilihan yang membuatkan perkelahan menjadi lebih senang walaupun kenderaan ini mempunyai ukuran agak kecil iaitu 3,395 mm (133.7 inci) panjang, 1,475 mm (58.1 inci) lebar, dan 1,775 mm (69.9) inci tinggi.
Tanto ini dibina di atas platform DNGA seperti beberapa Kei Car lain keluaran Daihatsu termasuk Taft, Move Canbus, Hijet dan Atrai. Di bawah bonet kenderaan ini dipasangkan enjin petrol 3-silinder 658cc yang menghasilkan 51 hp (38 kW / 52 PS) dalam bentuk NA atau 63 hp (47 kW / 64 PS) turbocharged. Transmisi CVT menghantar kuasa samada ke bahagian depan (2WD) atau kedua-dua axle (4WD).
Setakat ini, Daihatsu masih belum mengumumkan harga varian Tanto baharu tetapi dijangka lebih mahal berbanding Tanto biasa yang berharga sekitar $9,072 (RM40,580.55) dan $13,045 (RM58,352.44) bergantung kepada konfigurasi.
Sumber : Carscoops