Kei Car Jepun Edisi Istimewa, Gaya Baharu Dan Lebih Urban

Honda mengumumkan perubahan model untuk kei car N-One khusus di Malaysia. Perubahan ini termasuk edisi istimewa bergaya baharu dan serba urban dengan dashboard dari kayu tiruan, tempat duduk kulit dan juga sedikit perubahan pada bahagian eksterior.

Kalau dilihat dari bahagian luar, Honda N-One Style + Urban ini dibezakan menerusi aksen krom pada grill yang mana disambungkan dengan lampu utama bulat melalui trim hitam berkilat. Cara yang sama digunakan ke atas penutup cermin berwarna hitam, pemegang pintu dan juga tailgate yang dikelilingi krom.

Lampu utama dan taillight LED penuh yang dibaluti filem penapis haba turut dilengkapi dalam kelengkapan standard. Akhirnya, model ini dimuatkan dengan set rim besi 14-inci yang menampilkan penutup gaya retro. Set pilihan warna untuk edisi istimewa ini termasuk the Garden Green, Platinum White, Premium Ivory, Meteoroid Gray, and Flame Red shades.

Di bahagian dalamnya menunjulkan kemasan gaya Tanwood yang meliputi sebahagian besar dashboard. Walaupun ia bukannya kayu yang sebenar tetapi kombinasi rekaan yang minimal membuatkan ia kelihatan sangat menarik. Tempat duduk bahagian hadapan dilengkapi pemanas dan upholsteri kulit dua ton warna, sepadan dengan kad di bahagian pintu.

Kelengkapan standard termasuk keseluruhan Honda Sensing ADAS, penghawa dingin auto dan juga beberap slot USB. Bagi pemilihan skrin sesentuh, ia didatangkan bersama navigasi, TV digital, pengecaman suara dan juga kamera pandang belakang.

N-One Style + Urban ini hanya boleh didapati dengan enjin 660cc (NA), menghasilkan sehingga 58hp (43 kW / 58 PS). Kuasanya disalurkan samada ke bahagian hadapan atau pun ke semua empat roda menerusi gearbox CVT. Bagi makluman, Honda N-One yang lain boleh didapati dengan enjin 660cc turbocharged yang menghasilkan sehingga 63 hp (47 kW / 64 PS), manakala sporty RS satu-satunya yang didatangkan dengan gearbox manual 6-kelajuan.


Selain edisi istimewa yang baharu ini, terdapat juga perubahan kepada Honda N-One 2023 tetapi hanya perubahan kecil. Harga di Jepun bermula dari $11,692 (RM58,305.00) untuk spesifikasi asas Original dan boleh mencecah sehingga $14,788 (RM66,094.30) untuk flagship Premium Tourer. Manakala untuk Style + Urban berharga $12,279 (RM54,881.00) untuk FWD atau $13,252 (RM59,229.50) untuk 4WD. Sayangnya, N-One tidak dieksport ke pasaran luar kerana Honda sudah pun menawarkan kereta elektrik penuh paling kecil iaitu Honda e.

Sumber : Carscoops