Kalau takut jangan ikut sebab ada yang nak main macam ni sampai berikat perut…

Legasi kenderaan kompak di negara kita tidak pernah putus disebabkan terlalu ramai yang bermain dengan kenderaan kecil ini dari dulu sampai sekarang, malah ada yang sehingga kini memiliki lebih dari sebuah daripadanya. Minat yang mendalam terhadap kenderaan kompak juga membuatkan banyak pengimport kenderaan ‘half cut’ membawa masuk stok-stok terbaharu dari negara Jepun.

 

Permintaan yang sentiasa ada membuatkan kemeriahan untuk mendapatkan pelbagai alat ganti kenderaan ini amat mudah. Tetapi, tidak semua murah harganya. Dari sebuah Perodua Kelisa, akhirnya jentera ini telah disumpah menjadi sebuah Daihatsu Gino sehingga hilang keseluruhan identiti asalnya. 100% berubah tetapi kepuasannya luar dari jangkaan sebenarnya.

Nadi asal telah habis dipunggah keluar dan diganti dengan enjin EJ 1000 dari model Gino Minilite. Enjin ini tidak dinaik taraf tetapi diperkemaskan supaya ruangan enjin tidak kelihatan terlalu berselirat menyemakkan kepala.

Set suspensi dari GReddy memastikan kedudukan jentera ini tampak menarik serta mampu membantu dalam sesi pemanduan yang lebih baik. Sistem brek dinaik taraf dari model Toyota yang tidak dapat dipastikan jenisnya. Yang penting selamat dan ada ABS.

Beralih ke ruangan dalam jentera ini, ianya telah mendapat salinan lengkap dari model Gino Walnut 1K. Tempat duduknya dari kulit dan agak sedikit panas jika dibiarkan di bawah cahaya matahari. Pijau belakang mat! Antara aksesori lain yang ada termasuklah arm rest TR, alas kaki Minilite, sistem audio Carrozzeria, lampu kaki L7, cermin pandang belakang Tiffana dan pelbagai lagi. Boleh rujuk gambar sebab kalau nak tulis kompem tak cukup muka surat. Kahkah…

Luarannya juga adalah salinan kit badan lengkap dari Gino 1K termasuklah tanduk dan penanda fender serta ‘lining’ sisinya. Banyak sebenarnya yang telah dipasangkan pada badan jentera ini sehinggakan macam-macam nama gelaran yang diberikan seperti yang tertulis pada spesifikasi jentera ini dan kebanyakkannya diambil dari model L7.

Rim Minilite berukuran 15 inci dengan tayar Toyo DRD Jepun dipasang kukuh pada semua penjuru dan menampakkan ianya sebuah kenderaan yang betul-betul comel bergerak di atas jalan raya. Diingatkan sekali lagi, kepada para peminat kereta kompak ni, nak main boleh, tapi kena betul-betul sedia dengan poket yang agak tebal bukan ape, takut nanti korang kira-kira balik boleh beli Audi A4 second hand plak nanti.

SPESIFIKASI