Kalau Boleh Simple, Kenapa Nak Lebih-Lebih?

Proton Wira merupakan sebuah jentera salon buatan Malaysia yang telah dikeluarkan sekitar tahun 1993 berasaskan dari sebuah Mitsubishi Lancer. Kenapa Mitsubishi? Kerana pada masa itu pihak Proton bekerjasama dengan pihak Mitsubishi untuk menghasilkan kenderaan mereka. Cuma yang membezakan adalah rekaan luar serta dalaman yang telah diubah terutama sekali di bahagian lampu belakang.

Rekaan seperti ini perlu diubah kerana Proton harus mempunyai identitinya tersendiri dan tidak boleh 100% sama dengan Mitsubishi. Dan hasilnya, pada ketika itu model-model Proton turut diimport ke negara luar seperti United Kingdom dan negara jiran kita, Singapura.

Asalnya, Wira ini didatangkan dengan nadi bersesaran 1500 cc sahaja, namun, sememangnya perkhidmatan enjin tersebut tidak lagi diperlukan oleh pemiliknya. Sebagai ganti, nadi 4G63T telah mengambil tempat. Dengan kuasa yang ternyata tidak akan mengecewakan, pemiliknya mengambil keputusan untuk memperkemaskan kembali keseluruhan enjin ini agar nampak lebih teratur dengan beberapa ubahsuai yang tidak keterlaluan.

Secara jujurnya, untuk bahagian penjanaan kuasa, keseluruhan enjinnya tidak terlalu banyak yang diubah. Masih lagi dalam keadaan standard. Mungkin pemiliknya tidak mahu terlalu sakit kepala dan tidak menggunakan belanja yang terlalu banyak untuk enjinnya. Cukup dengan kemasan semula yang tampak lebih baik berbanding yang sebelumnya.

Set suspensi boleh laras Tein Super Street telah mengambil tempatnya bagi memberikan kedudukan lebih baik kepada jentera ini. Kuasa pengendaliannya juga menjadi lebih baik. Sistem pemberhentian jentera ini juga dinaik taraf dengan pemakaian brek milik Mitsubishi Evo di bahagian depan dan belakang.

Ruang dalamannya juga ringkas dengan pemakaian papan pemuka Evo 3 lengkap dengan stereng dari model yang sama. Di atasnya pula dipasang dengan deretan meter Defi untuk memantau pergerakkan enjin dengan lebih mudah. Tempat duduknya pula diambil dari model Evo 5 manakala ‘door trim’ dari model GSR.

Di bahagian bumper depannya terjojol kelibat intercooler dari jenama GReddy. Skirt sisinya di ambil dari model Evo 1, cermin sisi Ganador BG5 manakala sunroofnya pula dari model VRG. Yang lain masih lagi kekal dengan kit badan asli Proton Wira. Rim Volk Racing TE37 dipadankan bersama tayar Bridgestone Potenza RE003 keseluruhannya. Cukup simple penampilan jentera ini. Tetapi masih mampu menarik perhatian kita. Tidak perlu berlebih-lebih dari setiap sudut namun hasilnya tetap memuaskan hati!

Spesifikasi
Kereta : Proton Wira 1.5
Modifikasi Enjin : Enjin 4G63T Evo 3
Transmisi / Gearbox : Evo 3
Elektronik / ECU : SAFC 2+ RSM
Suspensi & Cesi : Tein Super Street
Brek : Brek Original Evo 3
Roda & Tayar : Volk Racing TE37, tayar Bridgestone Potenza RE003 17”
Dalaman : Dashboard Evo 3, seat Evo 5, dorrtrim GSR, stereng Evo 3, Defi meter
Luaran : Intercooler GReddy, side skirt Evo 1, Ganador BG5, sunroof Mitsubishi VRG
Bengkel & Tuner : Jan Evo Auto Garage
Owner : Medy Mazlan