Ditawarkan dalam dua varian iaitu Caribbean Aqua atau Nanuq White yang bergolek di atas roda berukuran 18-inci dengan kemasan dua ton warna serta rekaan tujuh jejari. ‘Lencana’ istimewa dipasangkan pada bahagian fender hadapan serta terdapat jalur-jalur putih di bahagian sisi kereta.
Menjengah ke bahagian dalam, anda disapa dengan grafik Seaside pada bahagian stereng dan juga sill plate pintu. Nombor 30 tertera di atas kunci kerana ia merupakan ulang tahun ke-30 droptop Mini. Bagi makluman, Mini Convertible Seaside Edition ini berdasarkan Cooper S trim dan dilengkapi enjin 4-silinder 2.0 liter turbocharged yang menghasilkan 176hp. Droptop ini mencecah sehingga 100km per jam dalam masa 7.2 saat.
Selain itu, Mini bersedia untuk melancarkan beberapa lagi model terbaharu antaranya Hardtop baharu dengan pembakaran serta trenkuasa elektrik. Dilaporkan model terbaharu ini mengangkat penampilan versi di awal era 2000an. EV ini dijangka menggunakan platform baharu, terpisah dari apa yang ada di bawah Hardtop next-gen dengan enjin pembakaran. Kemungkinan besar, ia bakal dilancarkan pada tahun 2023 nanti.