Jentera Drift Pro, Taruhan Eric Wong

Dalam jentera Eric Wong, terpasang sebuah casis yang terbukti sebagai salah satu yang terbaik. Kombinasi Toyota GT86 dan 2JZ telah diuji dan terbukti menjadi gabungan yang kukuh. Bagi makluman pembaca, Kakikereta mengikuti perjalanan Eric Wong dalam persada dunia drift sudah agak lama.

Tidak dinafikan, kereta drift pro Rocket Bunny GT86 ini jarang dilihat dan ini peluang untuk anda mengetahui segala-galanya tentang jentera hebat ini. Bagi yang sudah lama mengikuti persada drift tanah air, Eric Wong #860 bukan satu nama yang asing. Penaung DRIFT NUTZ dan mula menceburkan diri dalam drift ini sekitar pertengahan era 2000-an. Beliau mendapat nama sebagai Wong Sifu bersama Toyota AE86 yang dikuasakan enjin SR20ve. Terbaharu, beliau bersaing dalam D1GP SEA pusingan 4 dan 5 serta National Drift Series pusingan 1 dan 2.

Di bawah hud kereta terduduknya sebuah enjin 2JZ VVTi inline-six, sebuah pengecas turbo tunggal BorgWarner EFR-7670 yang menguasakan 2JZ tadi. Injektor Denso 1000cc telah digantikan. Camshaft VVTi Stage 2 dari Brian Crower beserta valve spring dan pengekang (retainer) juga dari Brian Crower. Keseluruhan gabungan ini memberikan daya sekitar 500hp yang dapat diputarkan dengan mudah. LINK G4X turut dipasangkan untuk Individual Management System.

Bagi makluman, enjin ini telah dibina dan ditala oleh sahabat-sahabat yang sentiasa memberikan sokongan terhadap perjalanan drift Eric Wong. Antaranya nama-nama seperti JT Autoworks, Rev Four Autowork, Confidence Motoren, Perfect One Tyre, Ace Technology Accessories dan juga Power House Racing.

Sementara itu, bagi mengekalkan enjin kekal sejuk ketika hari pertandingan dan disebabkan nisbah berat, radiator dipindahkan ke bahagian belakang. Apa yang menariknya, bahagian tempat penumpang belakang dan tempat letak barang telah dipotong untuk memuatkan tangki minyak kecil, semua tangki surge dan radiator. Terdapat juga ‘firewall’ di tengah-tengah pemandu dan sistem bahan api di bahagian belakang kereta dalam mematuhi peraturan standard FIA untuk bertanding dalam mana-mana pertandingan. Ya, setiap kereta perlu dimuatkan dengan pemadam api yang mudah dipegang.

Dengan jumlah kuasa sebanyak itu dan juga keperluan penukaran gear yang pantas ketika berada dalam litar drift, Eric Wong telah memadankan enjin 2JZ kepada Nissan Fairlady CD009 dengan transmisi 6-kelajuan untuk sesuatu yang biasa ada pada setiap kereta drift.

Setelah selesai semua itu, masih ada casis perlu disempurnakan. Semua stok lower arm, toe arm, upper arm dan rear trailing yang telah digantikan dengan kit suspensi N1. Suspensi coilover adalah dari HKS Hipermax GT. Kesemua ini menjadikan jentera lebih kukuh khususnya ketika meluncur ke bahagian sisi pada kelajuan tinggi!

Bercerita bahagian interior pula, jentera ini dilengkapi dengan Sparco Full Bucket, Full TRD Rollcage, Auto Gauge Meter, Tonnka Hydraulic Handbrake, 4 Point Belt. Eric telah memasangkan kipas kecil di bahagian belakang untuk mengalihkan keluar suhu panas dalam kereta. Sistem pemberhentian pula dari Lexus dan dibalut dengan rim Konig Hypergram. Bahagian eksterior pula, Eric masih mengekalkan kit Rocket Bunny V1 yang sesuai dengan beliau walaupun telah ditukar kepada livery baharu untuk musim ini. Bukan sahaja bentuknya dikekalkan, malah fungsinya juga.

Tampil eksotik, jentera 86 ini dibina untuk menjadi ‘kuda taruhan’ dan sebuah kereta yang melangkaui hadnya sekali gus mengeluarkan asap besar dari tayar di mana-mana sahaja dibawa Eric. Sebagaimana jauhnya perubahan Toyota ini berbanding model stok, ia melengkapi niat penciptanya sebagai kanvas putih agar dapat memenuhi kehendak pemilik untuk membina sesuatu yang baru. Respek rakan kami ini dalam membina jentera Pro Drift personal Eric sekali gus mencapai sasaran beliau!

Setinggi-tinggi penghargaan kepada rakan-rakan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membina jentera ini.

Spesifikasi Pro Drift
Model Kereta : Toyota GT86
Enjin : Toyota 2JZGTE VVTI, Turbo Borg Warner EFR-7670, Denso Injector 1000cc, Turbosmart Power-Gate60mm, Turbosmart Blowoff, Brian Crower VVTi Stage 2 camshaft, Brian Crower Valves Spring, Brian Crower Retainer.
Footwork & Transmission : CD009 6 Speed Transmission, N1 Suspension Front Lower Arm, N1 Suspension Rear Lower Arm, N1 Suspension Rear Toe Arm, N1 Suspension Rear Trailing, N1 Suspension Rear Upper Arm, HKS Suspension Hipermax GT, Trinity Triple Plate Clutch, Ace Short Shifter Kit, KAAZ 2 Way LSD.
Management & Electronics : LINK G4X JZX100 Plugin, Autogauge Oil Temp, Autogauge Oil Press, Autogauge Water Temp, Autogauge Boost.
Interior : Italy Volanti Steering, Sparco Rev Seat, Tonnka Hydro E-Brake.
Exterior : Rocket Bunny V1 Kit, Rocket Bunny V1 GT Wing, Konig Hypergram Wheel.
Garage : REV Four Autoworks, JT Autoworks, Confidence Motoren, Perfect One Tyre, Ace Technology Accessories
Courtesy : DRIFT NUTZ NDS National Drift Series

#77thSTREETS #77thSTREETSmotorsports #DRIFTNUTZ #DRIFTNUTZMATSURI #lukoil #drift #jdm #driftculture #stance #jdmgram #illest #stancenation #toyota #gt86 #konighypergram #2jz #rocketbunny #TRD #speedhunters #FRTxOBG #lowUK #d1gp