Sime Darby Auto Connexion (SDAC) baru-baru ini telah mengumumkan Jaguar Land Rover Malaysia sebagai penerima anugerah berprestij Retailer Of The Year setelah mendapat mata tertinggi dalam dua daripada 3 kategori yang dipertandingkan.
Menurut Pengarah Urusan, Peruncitan Dan Pengedaran Malaysia, Sime Darby Motors, En. Jeffrey Gan berkata, yang beliau berbangga dengan semangat dedikasi, komitmen dan kerja keras pasukan di Jaguar Land Rover telah meninggalkan impak besar khususnya dalam bidang perniagaan runcit automotif.
Setiap tahun, Jaguar Land Rover akan mengiktiraf peruncit-peruncit terbaik di seluruh dunia ekoran prestasi serta khidmat pelanggan yang cemerlang. Cabaran yang dimulakan pada 1 April 2020 dan berakhir pada 30 Mac lalu telah mengiktiraf tiga entiti di Malaysia iaitu Jaguar Land Rover, Sisma Auto Dealership dan Sime Darby Connexion yang mengungguli anugerah ini.