ISUZU DMAX
Credit Video: Tenuk Film – https://www.youtube.com/c/TenukFilm/videos
Trak pikap kini boleh dikatakan menjadi fenomena baharu dalam dunia modifikasi. Kenderaan yang digelar lori ikan pada zaman datuk nenek dulu kemudian menjadi kenderaan rasmi tokey-tokey balak. Dari tokey balak ia menjadi pilihan kaki-kaki pacuan empat roda yang suka masuk hutan dan macam-macam lagi.
Terbaru, ia kini menjadi kenderaan projek untuk kaki modifikasi. Ia bukan lagi digunakan untuk membawa barang komersil tetapi lebih kepada permainan lelaki dewasa. Eh, kepala korang jangan fikir ke lain ok?.
Salah satu pikap yang popular di Malaysia ialah Isuzu DMAX yang memang cukup lasak dan digemari ramai. Walaupun popularitinya berada di belakang Hilux dan Ranger tetapi kekuatan DMAX terletak pada enjinnya yang sangat tahan lasak. Sebab itulah Isuzu memegang rekod sebagai pengeluar enjin disel terbesar di dunia.
DMAX keluaran tahun 2014 ini asalnya menggunakan enjin 2500cc tapi kemudian ia telah menjalani ‘pembedahan’ untuk digantikan dengan enjin 3,000cc yang lebih berkuasa.
Enjin baru ini kemudian dinaiktaraf bagi mengekstrak lebih kuasa. Antara komponen yang ditukarganti ialah blok yang kini menggunakan keluaran 4JJ1. Jenama MRX pula dipilih untuk komponen seperti piston, conrod, camshaft dan crankshaft. Bahagian lain seperti bearing dan valve pula dibiarkan dalam keadaan standard.
Mana cukup setakat modifikasi enjin tanpa menyentuh bahagian sistem turbo. DMAX ini kini menggunakan pengecas turbo F55V yang dipadankan dengan intercooler dan intake manifold buatan Meng Sang. Siapa Meng Sang ni? Meng Sang merupakan syarikat terkenal dari Thailand yang cukup pakar dalam modifikasi trak pikap seperti DMAX ni.
Pam bahan api turut dinaik taraf begitu juga dengan fuel rail yang juga menggunakan produk Meng Sang. ECU asal telah menjalani proses remap untuk hasil yang lebih baik begitu juga dengan sistem brek yang kini diserahkan kepada JEGS.
Kotak gear standard digunakan kerana ia masih mampu menahan kuasa enjin baru ini tetapi klac buatan BK Clutch dipilih bagi menggantikan klac asal.
Satu lagi kepakaran Meng Sang ni ialah tentang ekzos jadi DMAX ini telah dilengkapkan dengan sistem ekzos custom lengkap hasil tangan Meng Sang.
Kalau satu ketika dulu semua pemilik 4×4 berebut mau meninggikan lagi penampilan trak mereka kini permainan sudah terbalik. Lagi rendah lagi ‘sejuk’. DMAX ini kini sudah sama rendah dengan kereta sports biasa dan dibekalkan dengan penyerap hentak Super J yang terbukti berfungsi dengan lebih baik untuk mengawal casis sebuah trak. Korang tahulah macam mana trak ni pikap ni kalau kita membelok laju-laju. Rasa beralih buah pinggang kejap kan?
Brek dinaik taraf menggunakan AP Racing manakala rim dan tayar pula adalah kombinasi TE37 Spec II dan Tri-Ace Racing King. Pendek kata pikap ni bukan hanya menyengat tetapi juga melekat bila pemandu menekan brek untuk berhenti.
Bahagian luaran menerima part facelift Isuzu DMAX 2020 yang lebih segar selain iron bar, komponen karbon Tonutong dan sunroof.
Bahagian dalam jelas sekali yang pemilik memang tidak menggunakannya untuk bersiar-siar bersama anak bini ataupun kawan-kawan kerana seat belakang dibuang terus dan digantikan dengan iron bar untuk menambahkan rigidity kabin.
Meter-meter tambahan Defi memberikan maklumat tambahan yang diperlukan manakala tempat duduk dan dashboard juga mengunakan produk gentian karbon Tonutong. Memang nampak kemas luar biasa DMAX ni pada bahagian dalam. Dan jangan terkejut kerana DMAX ini turut dilengkapkan dengan sistem NoS yang memang membantu kalua nak main drag.
Hasilnya lahirlah semua trak pikap ekstrim yang memang akan menjadikan pikap-pikap standard di luar sana sebagai snek minum petang jika cuba-cuba nak main cucuk-cucuk kat highway.
SPESIFIKASI
-
-
- Pemilik – Mohd Al Syaiddi Bin Ab Manaf
- Pengeluar – Isuzu
- Model – Dmax
- Tahun – 2014
- Enjin asal – 2500cc
- Enjin baru – 3000cc
- Modifikasi Enjin – Blok 4jj1/piston MRX/conrod MRX/bearing oem /crankshaft MRX/Head upgrate foting from engineering/camshaft MRX/valve oem Turbo F55v/intercooler mengsang/ Intake manifold meng sang/throttle body by past Ecu control Fuel pump upgrate/injector/fuel rail mengsang/regulator Hub/ECU remap/breake system JEGS
- Transmisi – BK clutch
- Ekzos – Meng Sang
- Luaran – Iron bar, tonutong carbon, facelift isuzu 2020, sunroof
- Suspensi – Absober Super J
- Brek – Ap Racing
- Rim & Tayar – TE37 Spec ll & Tri- Ace Racing King
- Dalaman – Iron bar, Meter Defi, Dashboard Carbon Tonutong, Noss, Seat Carbon Tonutong
- Bengkel – MS Thailand, Matyie Bodywork dan Seraf tinted
-