Inspirasi Dari Layar Ke Realiti!

Sejak kemunculan filem bersiri Fast & Furious yang menjadi filem pecah panggung seluruh dunia, begitu juga kebanjiran restorasi dan modifikasi Chevrolet Camaro yang dipandu Dominic Toretto iaitu watak yang diperankan oleh Vin Diesel dalam filem ini. Salah satu kereta yang turut mendapat tempiasnya, kereta Chevrolet Camaro keluaran tahun 1968 ini.

Sepertimana kereta-kereta asal Chevrolet Camaro yang lain, kereta ini juga mempunyai sejarah yang sama. Kalau melihat pada odometer, ianya hanya dipandu sejauh 4,500km. Kini, ia sedia untuk dilepaskan setelah menjalani proses restorasi dan modifikasi yang lengkap dengan set pulley CVF Racing hitam kustom. Pelbagai perubahan telah dilakukan dan ianya sangat jelas kelihatan terutamanya di bahagian eksterior seperti panel suku di bahagian belakang yang baharu, fender, hood, trunk lid dan juga pintu.

Badan kereta telah dicat dengan warna hitam PPG dan diserikan lagi dengan jalur hitam satin vinyl racing. Pengubahsuaian lain termasuk cermin sisi bullet dari generasi kedua Camaro, penutup minyak hitam Ridetech, lampu belakang LED Fesler dan juga lampu isyarat LED di bahagian depan. Manakala, Camaro ini diletakkan atas rim Forgeline GA3 dan dibalut dengan tayar 225/40 dan 335/30 Toyor Proxes R888.

Bahagian prestasinya juga tidak dilupakan sebagai contoh, sub-kerangka depan yang baharu, rak dan setup stereng, suspensi belakang foru-link, coilover boleh laras Ridetech, caliper brek Wilwood dan banyak lagi. Camaro ini dikuasakan oleh enjin LS3 V8 6.2 liter yang dibekalkan sebuah supercharger Edelbrok E-Force dan sebuah sistem suntikan minyak elektronik Holley Dominator. Ianya disepadankan pula dengan transmisi manual 6-kelajuan Tremec T56.

Sumber : Carscoops