Oleh kerana sekarang ni harga half cut dah mula mencanak-canak naiknya, membuatkan ramai orang tak berapa berani nak meneruskan hasrat mengubah suai jentera mereka ke arah yag lebih ekstrem. Dah macam makin jarang player-player ni beli sebiji half cut sebab dorang hanya akan memilih barang-barang kecai kebiasaannya. Lebih banyak pilihan dan mudah untuk didapati.
Secara jujurnya, kereta buatan tempatan ini sebenarnya memang memiliki rupa yang menarik jika kita pandai menggayakannya. Paparan kali ini membuktikan ianya adalah sahih. Jentera Proton Wira ini masih lagi dikekalkan penampilan asalnya dan dihiasi dengan beberapa aksesori aftermarket seperti lips Mirage, side skirt GSR dan door visor Evo.
Bukan setakat itu, ditambah lagi dengan cermin tepi dan belakang Evo 3, side miror Mikey serta sportlight C99. Selain itu, jentera ini juga dipadankan dengan grill depan yang nampak lebih maskulin dan foglamp kiri original spec UK. Kalau korang nak tau, barang-barang spec UK ni harga berdentum gak. Hanya yang kuat semangat nak berbelanja lebih sanggup beli.
Bahagian dalam jentera ini pula dipasangkan dengan papan pemuka Evo 3 yang diletakkan deretan meter Defi Thai 5 beradik serta padanan stereng Momo GSR dan meter paparan utama Mivec. Dootrimnya juga milik Evo 3 yang kelihatan lebih kemas. Tempat duduk Recaro CL 1 juga sedia menanti di bahagian depan. Mungkin akan ditambah lagi? Bukan boleh percaya kaki modifikasi ni. Asalkan terdetik aje, mesti ada yang nak ditambahnya.
Untuk enjin, jentera ini dipacu oleh nadi 4G93T GSR bersesaran 1.8 liter. Enjin ini diubah suai sedikit untuk memberikan kuasa yang lebih cemerlang. Beberapa komponen telah dipasangkan pada enjin ini antaranya turbo TD04, wastegate Tial, throttle body S90 serta sistem ekzos stainless steel yang diikat bersama muffler dari Kakimoto Red Tag. Sistem penyejukkan udara enjin ini dibantu melalui penggunaan intercooler dari Evo 6 yang diikat kemas di bahagian depan.
Kuasa dari enjin kemudiannya dihantar ke roda menggunakan kotak gear asal GSR. Sistem elektroniknya juga masih lagi dikekalkan. Bagi mengubah kedudukan jentera ini, sistem penyerap hentak boleh laras HWL dipasangkan. Sistem brek asalnya dinaik taraf kepada kaliper Evo 3 di bahagian depan manakala belakang dipasangkan dari model Wira 1.6.
Akhir sekali, padanan rim Advan RG yang sentiasa tak lapuk dengan penampilannya berukuran 16 inci. Kalau kita renung betul-betul, buat macam ni pun dah nampak handsome. Ok lah, lepas tulis artikel ni nak terus tido dah. Musim-musim pkp ni mata cepat mengantuk. Semai mimpi nak ubah apa pulak kat kereta luar rumah ni. Yelah, dalam celik tak dapat buat. Mampu buat dalam mimpi je…
Spesifikasi
Kereta : Proton Wira (2000)
Modifikasi Enjin : Enjin 4G93T 1.8 GSR, banana Turbo S, turbo TD04 h, wastgate Tial, piping stainless steel, throttle body S90, campulley Work, Power Belt, piping ekzos stainless steel, muffler Kaki Moto Redtag, intercooler Evo 6 custom
Transmisi / Gearbox : GSR manual
Elektronik / ECU : GSRT
Suspensi & Cesi : Adjustable HWL, bar depan Mines
Brek : Twinpot Evo 3, belakang Wira 1.6
Roda & Tayar : Rim Advan RG 16”, tayar depan Toyo TR1 205/50/16
Dalaman : Dashboard Evo3, meter Mivec, Meter Defi Thai 5 beradik + ZD, stereng Momo GSR, seat Recaro CL 1, doortrim Evo 3, bege dashboard Evo, armrest telor honeycomb, karpet besar SE hitam, karpet kecil celoreng
Luaran : MDM, grill UK spender, lips Mirage, side skirt GSR, doorvisor Evo, cermin tepi & belakang Evo 3, side miror Mickey, foglamp kiri ori UK Spec, sportlight cC99, lampu depan SE, penutup minyak cf
Bengkel & Tuner : SJ Garage & Autopart (Melaka)
Owner : Mohd Faris