Baiklah, kita ambil satu contoh yang lebih mudah difahami. Kenapa perlu tambah ayam kepada menu nasi lemak bila telur rebus sahaja sudah mencukupi untuk buat anda kenyang? Begitu juga dengan soalan tadi. Ianya terpulang kepada kehendak serta citarasa masing-masing.
Bagi pencinta audio, penambahan aksesori audio adalah untuk memberikan kepuasan mendengar muzik. Ia bukan sekadar penambah kuat bunyi yang bingit dan kosong tetapi memberikan kejelasan setiap bunyi yang dihasilkan, cukup enak dan sedap didengar. Ada juga yang mengutamakan kepadatan bunyi sekali gus memberi kesegaran sepanjang pemanduan.
Salah satu produk audio yang sangat diperlukan oleh pencinta audio adalah subwoofer. Pemasangan subwoofer dalam sistem audio yang standard dikatakan lebih menghiburkan serta menyenangkan. Frekuensi rendah serta karakter bass yang dihasilkan semula mampu mempengaruhi psikologi manusia mengikut irama atau muzik yang didengari untuk lebih tenang, gembira dan tidak kurang juga, mengalirkan aura positif. Bagi anda yang mahukan subwoofer tetapi agak cerewet soal ruang, maka subwoofer aktif EPS 88 adalah pilihan yang tepat.
Subwoofer aktif EPS 88 ini didatangkan dengan pelbagai ciri menarik terutamanya slot penyambungan lengkap seperti input RCA dan juga speaker. Saiz kompak berukuran 8 inci, subwoofer aktif ini boleh dipasangkan di mana-mana sahaja dan tidak menggunakan ruang yang besar. Anda boleh pasangkan ia di bawah kerusi di tempat duduk penumpang, di bahagian tempat letak kaki di bahagian hadapan dan juga disimpan di bonet belakang.
Sebagaimana subwoofer aktif yang ada di pasaran, Epsilon EPS 88 dengan rekaan ergonomik ini dilengkapi amplifier monoblock mosfet bina-dalam sekali gus membantu menghasilkan frekuensi rendah seperti yang diinginkan. Dengan kuasa maksima 300 watt, ia mempunyai daya yang cukup dan baik untuk sistem audio dalam kereta. Bukan itu sahaja, anda boleh mengawal penalaan subwoofer aktif ini menggunakan alat kawalan jauh yang didatangkan bersamanya.
Hanya satu sentuhan mudah, tak perlu susah-susah!
Subwoofer Aktif Epsilon EPS 88
Spesifikasi
– subwoofer aktif 8”
– 150 w @ 2ohm (91dB)
– kuasa maksima : 300 watt
– amplifier mono mosfet bina-dalam
– dimensi : 345mm x 240mm x 80m
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi;
Tong Lin Trading Sdn Bhd
No.69, Jalan 10/91,
Taman Shamelin Perkasa,
56100 Kuala Lumpur.
No Tel : 03 – 9285 6605 / 1371
Emel : tonglintrading@gmail.com
Facebook : https://www.facebook.com/tonglintradingsdnbhd/