Iklan Kia Soul Meraih Kemarahan Netizen

Kadang-kadang ada iklan yang bagus tetapi ada juga iklan yang menyalahgunakan konsep yang baik.

Pada awal minggu ini, terdapat sebuah video iklan untuk benang gigi di Itali yang menunjukkan produk itu begitu kuat yang ia boleh digunakan untuk menjatuhkan penunggang motosikal apabila diikat di antara dua pokok (seperti di laluan motosikal). Iklan itu telah dipadam daripada internet setelah Persekutuan Motosikal Itali mengugut akan menyaman syarikat produk tersebut.

Sekarang timbul pula iklan untuk kereta Kia Soul yang turut menyemarakkan kemarahan netizen.

Iklan tersebut memaparkan ciri “Lane Assist” (Pembantu Landasan) yang mengekalkan kereta mengikut landasan jalan. Tetapi, video ini juga menunjukkan sikap tidak toleransi oleh pemandu kereta yang memangkah arah sebuah motosikal yang menyebabkan penunggang itu terpaksa membrek kecemasan.

Video ini jelas menunjukkan perangai samseng sesetengah pemandu yang pentingkan diri. Ya, kami tidak nafikan bahawa penunggang motosikal itu “rem” minyak terhadap pemandu ini di dalam video tetapi adakah pengguna jalan akan berfikir begitu? Malah ia menunjukkan bahawa tiada masalah jika seseorang pemandu kereta memangkah sesebuah motosikal secara sesuka hati. Selain daripada itu, terserlah juga yang masih terdapat pembuat iklan serta pembuat kereta yang tidak menghiraukan keselamatan penunggang motosikal.

Oleh yang demikian, video ini mendapat lebih banyak reaksi tidak suka berbanding suka. Mereka yang mengkritik bukan sahaja terdiri daripada penunggang motosikal, malah daripada kalangan pemandu kereta sendiri.