Hyundai-Sime Darby Motors Melancarkan Kona 1.6 Turbo N Line Dan 1.6 TURBO

B-SUV Kona baru sahaja dilancarkan hari ini oleh Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) yang menawarkan varian 1.6 N Line baharu dan 1.6 Turbo yang dipertingkatkan kuasanya. Harga seunit 1.6 N Line bermula dari RM156,888 manakala harga untuk 1.6 Turbo pula bermula dari RM146,888 (harga OTR termasuk pengecualiam cukai Jualan Penjana tetapi tidak termasuk insurance dan boleh didapati di semenanjung Malaysia).

1.6 Turbo telah dikemasikini dengan pelbagai penambahbaikan menjadikan ia lebih menarik kepada para pelanggan yang mementingkan gaya hidup aktif. Sementara itu, Kona N Line pula dibezakan menerusi fascia, pelapis warna badan dan aksen reka bentuk khusus N Line.

Kedua-dua varian 1.6 T-GDi dilengkapi dengan Smartstream G1.6 T-GDi, enjin petrol inline 4-silinder yang dipadankan dengan Smartsteam 7DCT – generasi kedua transmisi dwi-klac yang menghasilkan 198PS pada 6,000rpm dan tork 265Nm pada 1,600-4,500rpm. Enjin Smartstream ini menawarkan prestasi dinamik dengan pemanduan lebih lancar, selesa, mengurangkan pengeluaran asap dan pembakaran yang lebih efisen. Barisan Kona yang teratas adalah B-SUV paling berkuasa dalam pasaran. Selain itu, ia juga mempunyai karakter seronok untuk dipandu dan prestasi yang berkuasa, pasti membuatkan pemiliknya tersenyum puas. Rekaan Kona yang tersendiri dengan warna menyeronokkan ini diilhamkan dari semangat positif Kona sendiri.

Varian baharu ini juga dipenuhi dengan kelengkapan Hyundai Smartsense dan teknologi bantuan memandu. Ini termasuk Hyundai Smartsense, Blind-Spot Collision Avoidance Assist (BCA) dengan Rear Cross-Traffic Collision-Avoidance Assist (RCCA), Lane Keeping Assist (LKA), Lane Following Assist (LFA), Smart Cruise Control dengan ‘Stop and Go’ yang memastikan SCC terus bergerak walaupun kenderaan telah diberhentikan sepenuhnya. Selain itu, ciri-ciri lain adalah Forward Collision Avoidance Assist (FCA), Driver Attention Warning (DAW) dengan Leading Vehicle Departure Alert (LVDA), Rear Occupant Alert (ROA), Safe Exit Warning (SEW) dan High Beam Assist (HBA) yang membolehkan ia beroperasi secara hands-free untuk lampu rendah dan tinggi setiap kali tiba atau mengesan lampu trafik.

Kona 1.6 Turbo berkongsi rekaan eksterior dan interior dengan Kona 2.0 varian Active baharu, kecuali rak atap dan warna badan dua ton yang eksklusif untuk varian 1.6 Turbo. Rekaan lampu hadapan sangat menarik perhatian, panel protektif bersama LED DRL nipis yang lebar dan grille di bahagian tengah dengan bentuk tersendiri.

KONA N Line menampilkan rekaan sporty dan progresif. Bampar bahagian depan disatukan dengan treatmen warna badan secara harmoni. Walaupun plat Kona 1.6 Turbo dan 2.0 tampil garang, versi N Line menampilkan ciri-ciri karakter gaya N lip aerodinamik dengan sirip sudut yang rendah. Lebih besar, lebih saluran pengambilan udara dengan rekaan serta treatmen permukaan yang unik.

Kedua-dua varian Kona menampilkan rekaan yang sama dengan Kona 2.0, termasuk bahagian konsol baharu, kluster digital 10.25 inci sebagai tambahan untuk skrin AVN 8-inci dengan sambungan Bluetooth pelbagai dan juga sambungan Android Auto dan Apple CarPlay tanpa wayar, brek parking elektrik dan banyak lagi. Sebagai alternatif kepada interior yang gelap, Kona 1.6 Turbo turut didatangkan dengan pilihan trim interior beige terang, penampilan yang lebih segar terutamanya di bahagian panel pintu dan tempat duduk.

KONA ini didatangkan dengan 5 tahun atau 300,000km waranti (yang mana-mana sampai dahulu) dan servis 3-tahun atau 50,000km percuma (yang mana sampai dahulu). Kepada yang berminat boleh mula menempah secara atas talian di platform Cl!ck (www.hyundai.com.my/clicktobuy/) atau hubungi mana-mana bilik pameran Hyundai yang sah. Pelanggan juga boleh menghubungi Customer Careline Hyundai di 1-300-13-2000 untuk maklumat lebih lanjut.