Sejak negara di landa pandemik lebih setahun yang lalu, pekerja kesihatan dan petugas barisan hadapan tidak berhenti dalam menghadapi saat-saat cemas ini dan ini termasuklah badan-badan beruniform lain seperti bomba dan juga penguatkuasa undang-undang. Begitu juga dengan guru-guru yang kekal bertugas dengan mempertaruhkan nyawa masing-masing dlam menangani krisis yang dahsyat melanda dunia ini.
Bagi menghargai wira dan wirawati negara ini, Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) telah menganjurkan satu program khas, Frontliners Appreciation Programme (Program Apresiasi Petugas Barisan Hadapan). Menurut pengarah urusan Hyundai-Sime Darby Motor (HSDM) En. Low Yuan Lung, program ini merupakan inisiatif syarikat untuk menghargai dan memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada petugas barisan hadapan yang tidak pernah lelah berkhidmat demi kesejahteraan dan keselamatan orang ramai.
Program apresiasi ini didatangkan dengan rebat istimewa, baucer barang runcit dan makanan bernilai RM7,900 dan menawarkan harga mampu milik untuk kereta-kereta baru dari Hyundai. Sebagai tambahan, para petugas barisan hadapan yang mendaftar untuk program ini juga layak menerima kad Hyundai Loyalty yang memberikan rebat ke atas alat-alat ganti terpilih serta upah buruh serta promosi bulanan yang eksklusif. Semua model kereta keluaran Hyundai didatangkan dengan servis percuma selama 3 tahun atau 50,000km dan waranti selama 5 tahun atau 300,000km (yang mana-mana satu sampai dahulu).
Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang program ini atau mana-mana program lain yang ditawarkan, kunjungi mana-mana bilik pameran Hyundai berhampiran atau hubungi servis pelanggan Hyundai 1300-13-2000 atau layari laman sesawang www.hyundai.com.my.