Baru-baru ini, Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) telah melancarkan Hyundai Grand Starex Smart Lease Programme kerjasama dengan Sime Darby Rent A Car (SDRAC). Program ini ditawarkan untuk korporat, perniagaan dan juga pembelian individu. Ia merupakan program penyewaan selama tiga hingga lima tahun yang menarik serta cukup menjimatkan.
Para pelanggan yang mendaftar menerusi program ini bakal menikmati pengalaman pemilikan kenderaan baharu tanpa perlu runsing memikirkan tentang permohonan pinjaman, kos penyelenggaraan yang panjang, cukai jalan dan insuran, nilai jualan semula atau melupuskan kenderaan. Sebaliknya, para pelanggan hanya perlu membayar bayaran bulanan yang telah dipersetujui, dua bulan deposit dan juga yuran tempahan RM500 ketika menandatangani perjanjian Hyundai Smart Lease.
Berikut adalah kelebihan yang diperolehi dari program ini;
• Pemilikan tanpa kerunsingan
• Inflasi sifar
• Bayaran bulanan tetap
• Yuran deposit lebih rendah berbanding pendahuluan
• Fleksibiliti pada penghujung terma
• Kurang bayaran cukai
• Bebas pelupusan kereta
• Penyewaan Pajakan meliputi semua kos ringan (seperti insurans, penyelenggaraan, dll.)
Menurut Pengarah Urusan HSDM, En. Low Yuan Lung, program ini disesuaikan untuk syarikat-syarikat yang memerlukan kenderaan yang menawarkan fleksibiliti tanpa sebarang bebanan atau bayaran dan kos-kos lain. Program ini menawarkan empat varian Grand Starex; Standard Corporate, Executive Plus tanpa bodykit, Executive Plus dengan bodykits dan Executive Prime.
Bayaran bulanan untuk varian Standard Corporate adalah serendah RM2,800 untuk program 5-tahun dengan perbatuan pada 15,000km per annum termasuk kelebihan penggantian kereta untuk tiga hari. Pelanggan boleh memilih untuk melanjutkan perbatuan sehingga 30,000km per annum atau 40,000km per annum dengan bayaran bulanan masing-masing pada RM3,250 dan RM3,550.
Sekiranya berminat, anda boleh menghubungi bilik pameran Hyundai seluruh Malaysia atau daftar di www.hyundai.com.my/showroom/grand-starex.