Baru-baru ini, kempen teaser untuk Hyundai Kona N telah pun bermula dengan pendedahan beberapa gambar serta informasi tentang model yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Bakal menjadi sebuah SUV paling hangat, Kona N merupakan crossover Hyundai pertama yang berprestasi tinggi.
Hyundai masih lagi merahsiakan beberapa data penting tetapi mengesahkan model ini dilengkapi dengan enjin turbocharged 2.0 liter yang disambungkan dengan transmisi dwi-klac lapan kelajuan. Syarikat Hyundai juga menjanjikan ciri-ciri pemanduan yang menarik seperti Launch Control serta pengalaman bunyi yang cukup emosional!
Walaupun crossovers bukanlah pacuan yang sporty, Hyundai ada mengatakan bahawa Kona N akan memberikan pengalaman pemanduan yang cukup berkuasa dan juga lincah. Sebagai sebuah SUV terhangat, ia mempunyai beberapa kebolehan lain seperti kenderaan N yang lain.
Beberapa maklumat akan disiarkan kepada umum beberapa minggu lagi tapi apa yang pasti, bahagian eksterior Kona N ini akan tampil lebih sporty seperti yang dapat dilihat menerusi gambar-gambar ini. Walaupun tidak banyak yang boleh dilihat tetapi model ini pastinya dilengkapi dengan sistem dwi ekzos yang unik dengan bampar yang dimodifikasi.
Apa-apa pun, kita tunggu dan lihat…
Sumber : Carscoops