Hyundai-Sime Darby Motors (HDSM) melancarkan SUV kompak Kona terbaharu dengan penampilan yang lebih bergaya dan beberapa peningkatan terkini. Kona yang telah dikemaskini ini dilengkapi dengan Smartstream G2.0 Atkinson powertrain baharu yang didatangkan dalam dua varian; Standard and Active.
Kona pacuan dua roda ini dikuasakan enjin petrol 4-silinder Smartstream G2.0 Atkinson yang dipadankan bersama transmisi Smartstream IVT yang menghasilkan 149ps kuasa pada 6,200 rpm dan tork 180 Nm pada 4,500 rpm. Enjin Smartstream ini menawarkan prestasi dinamik yang lebih lancar, pemanduan yang lebih selesa, pengurangan pengeluaran dan pembakaran minyak yang lebih efisien.
Berbekalkan keberanian, rekaan progresif dan personaliti yang mencabar, Kona menjadi sebuah ikon dalam segmennya. Hyundai sangat yakin bahawa Kona akan berjaya di pasaran Malaysia walaupun berhadapan dengan persaingan sengit dari pesaing-pesaing yang tidak kurang hebat dalam segmennya. Dengan rekaan unik dan tersendiri, bahagian hadapan dan belakang Kona telah direka semula untuk tampil lebih unggul dan bergaya dengan tetap mengekalkan gaya istimewa Kona agar lebih menarik kepada pelanggan khususnya yang menjalani gaya hidup aktif.
Bahagian hadapan yang telah direka baru bukan sahaja memikat mata yang memandang, ia turut didatangkan dengan panel clad protektif yang diserlahkan oleh lampu LED siang hari yang tipis (DRL). Selain itu, gril depan rekaan baru yang lebih tebal melengkapi rekaan bonet yang berlekuk.
Bahagian belakang pula, menampilkan lampu taillight baru dengan grafik melintang. Secara tidak langsung, menekankan identiti rekaan unik di bahagian lampu belakang. Bampar belakang yang baru juga mengikut konsep perlindungan yang sama di bahagian depan dan sisi yang menggunakan material yang kontra. Sebagai penambahan, model terbaharu ini didatangkan dengan rim 17- atau 18-inci.
Kona baharu ini ditawarkan dalam 4 warna pilihan menarik iaitu Kona Standard; Chalk White, Galactic Grey, Surfy Blue dan Pulse Red. Manakala untuk varian Active variant ditawarkan dalam lima warna eksterior baharu termasuk Surfy Blue, Dive in Jeju, Ignite Flame, Dark Knight, and Misty Jungle.
Selain itu, Hyundai Kona didatangkan dengan 5-tahun atau 300,000km (yang mana-mana tiba terlebih dahulu) waranti dan juga 3-tahun atau 50,000km (yang mana satu sampai dulu) servis penyelenggaraan percuma. Kepada yang berminat, anda boleh mengunjungi bilik pameran Hyundai di seluruh negara atau hubungi talian Customer Careline di 1-300-13-2000.