Honda Malaysia Serah Unit Pertama Kepada Pemiliknya Dalam Sebuah Majlis Di Cheras

Honda Malaysia mengumumkan All-New HR-V yang baharu dilancarkan telah diserahkan kepada pemilik pertamanya iaitu, Nurul Hafida Binti Mhd Jais dalam sebuah majlis rasmi yang diadakan di MJN Motors Sdn. Bhd di Cheras. Sebagai pemilik pertama yang memiliki All-New HR-V RS e:HEV, Nurul Hafida turut menerima hadiah istimewa dengan Honda Auhorized Accessories, Ultra Glass Body Coating dan Honda Official Merchandise bernilai RM5,700 sebagai penghargaan dari Honda Malaysia.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Honda Malaysia yang turut hadir pada majlis penyerahan iaitu En. Hironobu Yoshimura berkata, maklum balas yang diterima untuk All-New HR-V sangat menggalakkan dan pihak Honda Malaysia percaya ia bakal menjadi satu lagi model sensasi yang pernah melanda Malaysia sebelum ini.

Selain menyerahkan unit pertama kepada pemilik pertamanya, Nurul Hafida, Honda Malaysia turut menyerahkan lebih 1,300 unit All-New HR-V kepada para pemiliknya di seluruh negara dalam masa sebulan bermula dari ia dilancarkan. Honda juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada para pelanggan yang terus menyokong jenama Honda.

Hadir dalam majlis penyerahan yang diadakan di salah satu wakil pengedar Honda iaitu MJN Motors Sdn. Bhd. di Cheras ialah Nurul Hafida bersama keluarganya. Menurut Nurul Hafida, belia telah melakukan beberapa carian sebelum All-New HR-V dilancarkan secara rasmi di Malaysia. Gaya eksterior dan penampilannya benar-benar menarik perhatian dan ketika itulah beliau mengambil keputusan untuk menempah sebaik sahaja tempahan dibuka.

Sebagaimana para pemilik kereta lain, beliau sangat teruja menunggu penghantaran kereta baharunya. Beliau juga terkejut apabila menjadi pelanggan pertama untuk menerima model ini di Malaysia. Lebih daripada itu, beliau juga cukup teruja dengan hadiah-hadiah yang diterima dari Honda. Jelasnya lagi, beliau tidak sabar untuk membawa keluarganya menaiki kereta terbaharunya.

Menurut pemilik MJN Motors Sdn. Bhd., En. Wan Hazmi bin Dato’ Wan Mustafa berkata yang permintaan terhadap All-New HR-V adalah sangat tinggi dan berbesar hati menjadi wakil pengedar untuk menyerahkan HR-V pertama kepada para pelanggan yang dihormati. Beliau juga mengatakan bahawa syarikatnya akan terus memberikan perkhidmatan cemerlang kepada para pelanggan dalam semua aspek.

Untuk maklumat lanjut tentang All-New HR-V atau mana-mana model Honda, para pelanggan boleh mengunjungi mana-mana 102 wakil pengedar di seluruh negara atau hubungi talian bebas Honda 1-800-88-2020 atau kunjungi www.honda.com.my.