Honda Malaysia Perkenal Civic e:HEV RS, Dibuka Untuk Tempahan

Honda Malaysia telah mengumumkan peneraju segmen-C, Civic akan ditawarkan dalam varian RS baharu dengan trenkuasa e:HEV yang dibuka untuk tempahan di seluruh negara hari ini. Varian ini merupakan pengenalan trenkuasa pertama 2.0L e:HEV untuk Civic dan juga Honda Malaysia serta menjadi varian paling unggul dalam segmen-C.

Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, En. Hironobu Yoshimura berkata bahawa Civic generasi kesebelas yang dilancarkan awal tahun ini telah mendapat sambutan baik dari rakyat Malaysia dan terjual lebih dari 6,000 unit dari bulan Januari sehingga September lalu.

Bagi memperkukuhkan lagi kehadiran Civic di pasaran Malaysia, Honda sangat berbesar hati dan teruja untuk memperkenalkan varian baharu ini dan buat pertama kalinya ditawarkan dalam trenkuasa e:HEV 2.0L. Seiring dengan DNA Civic, varian e:HEV RS ini menawarkan pemanduan yang menyeronokkan dan juga dengan gaya serba elegan.

Bukan itu sahaja, Honda Malaysia yakin bahawa dengan pengenalan varian yang mengujakan ini, ia akan meningkatkan lagi keterujaan para pelanggan Honda khususnya untuk segmen-C ini. Trenkuasa e:HEV 2.0L ini memberikan tork maksima 315Nm dan kuasa output maksima 184PS. Ia dipadangkan dengan e-CVT (Electric Continuously Variable Transmission) dan juga IPU (Intelligent Power Unit) yang dikuasakan oleh lampu serta bateri ion-litium kompak dengan efisensi penyetoran tertinggi dan juga pengecasan.

Dalam usaha meneruskan lagi legasi dan DNA yang ada pada Civic, Civic e:HEV RS akan terus mengekalkan gaya RS yang tampil sporty dan berani. Selain itu, turut dikenakan beberapa elemen tambahan varian e:HEV, penampilan eksterior Civic e:HEV RS dipertingkatkan lagi dengan Blue H Mark unik dan Chrome Front Grille yang bergaya untuk penampilan yang lebih menonjol. Melengkapkan penampilan eksterior ini adalah rim aloi dua ton 18-inci.

Ada satu lagi ciri pertama yang lain untuk varian baharu ini iaitu Key Card (kad kunci) yang diperkenalkan untuk kompak serta kemasukan tanpa kunci yang pastinya memudahkan serta berfungsi untuk menghidupkan enjin kereta. Yang pertama untuk segmen ini, ciri ini adalah yang terkini dan satu langkah lebih depan dalam teknologi serta ditawarkan khusus untuk Civic e:HEV RS.

Ciri-ciri lain yang melengkapi model ini termasuk Advanced Display Audio berukuran 9” dengan Wireless Apple CarPlay™. Begitu juga dengan Remote Engine Start agar mudah untuk menghidupkan enjin kereta dan sangat berguna khususnya cuaca di Malaysia. Sejukkan kabin terlebih dahulu sebelum masuk dalam kereta terutamanya ketika panas terik atau hujan lebat.

Tidak lupa juga dengan teknologi intuitif Honda, Honda SENSING yang didatangkan sebagai standard untuk varian Civic e:HEV RS. Antara ciri-ciri yang telah dipertingkatkan dalam Honda SENSING termasuk:
1. Lead Car Departure Notification System (LCDN)
2. Adaptive Cruise Control (ACC)
3. Low Speed Follow (LSF)
4. Collision Mitigation Braking System (CMBS)
5. Forward Collision Warning (FCW)
6. Lane Keep Assist System (LKAS)
7. Road Departure Mitigation (RDM)
8. Lane Departure Warning (LDW)
9. Auto High Beam (AHB)

Para pelanggan yang berminat boleh layari prebook.honda.com.my atau muat turun aplikasi HondaTouch di telefon pintar untuk menempah Civic e:HEV RS. Selain itu, anda juga boleh mengunjungi mana-mana wakil sah Honda di seluruh negara atau hubungi talian bebas tol Honda 1-800-88-2020 atau layari www.honda.com.my untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut berkaitan Civic e:HEV RS.