Honda Malaysia Melancarkan BR-V Baharu Yang Ditambahbaik Dan Menyokong Program-Program Bantuan Covid-19

Honda Malaysia melancarkan dua Kempen Bantuan Kemasyarakatan bersempena pengenalan model Crossover 7-Tempat Duduk BR-V Baharu. Bold Runabout Vehicle (BR-V) adalah model serantau yang direka khusus untuk memenuhi keperluan pelanggan yang ingin memiliki reka bentuk SUV bergaya dan keluasan dalaman MPV yang boleh memuatkan ahli keluarga serta keperluan harian.

Honda sentiasa berusaha menjadi syarikat yang diimpikan masyarakat dan di waktu yang mencabar ini, pelbagai usaha diperlukan untuk membantu negara semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Oleh itu, Honda Malaysia melancarkan dua Kempen Bantuan Kemasyarakatan. Salah satunya adalah kempen “Be Kind With BR-V”, yang dilancarkan khas untuk menyokong program – program bantuan COVID-19. Kempen ini akan bermula dari 2 Jun hingga 31 Ogos 2020 dan untuk setiap unit BR-V Baharu yang berjaya dijual, Syarikat akan mendermakan sejumlah sumbangan kepada program – program bantuan COVID-19.

Pada masa yang sama, Honda Malaysia juga bekerjasama dengan kumpulan pengedarnya dalam menyokong komuniti yang terjejas di kawasan kejiranan mereka menerusi kempen kedua iaitu “Honda Dealer Donation Drive” yang bermula dari 1 Jun hingga 31 Ogos 2020. Pelanggan-pelanggan Honda boleh mengunjungi pengedar terdekat untuk menderma barangan asas seperti makanan kering atau barangan keperluan rumah. Kesemua hasil derma yang diterima akan dikumpul dan dihantar kepada komuniti yang memerlukan di kawasan berhampiran pengedar.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Encik Toichi Ishiyama berkata, “Honda Malaysia terharu dengan komitmen rakyat Malaysia, terutamanya barisan hadapan yang bekerja keras dan penuh dedikasi untuk menjadikan negara ini lebih selamat. Rakyat Malaysia telah berganding bahu dalam usaha membanteras virus ini untuk tempoh yang agak panjang dan kini, kita telah memasuki fasa PKPB yang membenarkan kebanyakkan perniagaan beroperasi semula termasuk industri automotif.

Kesemua pengedar Honda Malaysia di seluruh negara telah memulakan operasi perniagaan secara menyeluruh dengan mengamalkan langkah-langkah keselamatan yang ketat. Memandangkan Syarikat telah mula beroperasi, Honda Malaysia meletakkan keselamatan para pelanggan dan semua pekerja sebagai keutamaan kami. Syarikat mahu menegaskan bahawa semua “Pengedar Kami Bersedia Untuk Anda”, dengan menyediakan persekitaran yang selamat dan disanitasi untuk ketenangan para pelanggan.

Kami di Honda Malaysia berasa senang hati melihat masyarakat menyesuaikan diri dengan norma baharu dengan mengikuti garis panduan kerajaan berkenaan kesihatan dan keselamatan, selain mengadaptasikan penjarakan sosial. Dengan semangat “Together As One”, negara kekal kuat dan berwaspada ketika menghadapi cabaran yang besar ini. Berpegang kepada semangat yang sama, Honda Malaysia ingin turut serta menghulurkan bantuan kepada komuniti yang memerlukan di sekitar kami menerusi Kempen-Kempen Bantuan Kemasyarakatan.”

“Hari ini, kami melancarkan BR-V Baharu, sebuah model pilihan mampu milik untuk keluarga yang memerlukan kereta 7-Tempat Duduk demi memenuhi keperluan mereka. Sejak pengenalan BR-V di Malaysia pada tahun 2017, model ini telah mencipta revolusi dalam segmen MPV dan menjadi model 7-Tempat Duduk pilihan di pasaran. Model 7-Tempat Duduk ini mendapat sambutan yang mengalakkan hasil dari kombinasi ciri-ciri praktikal dan versatil, kualiti produk serta penjimatan minyak, di samping kepercayaan para pelanggan terhadap jenama Honda selama ini. Kami yakin model ini akan terus mendapat penerimaan positif daripada pasaran,” tambah Encik Ishiyama.

BR-V Baharu diperkenalkan dengan beberapa penambahbaikan yang menjadikannya sebuah crossover yang lebih diingini untuk setiap keluarga. Bahagian luaran model ini tampak lebih maskulin dan seterusnya menyerlahkan konsep rekaan ‘Active-Solid Motion’ model ini. BR-V Baharu kini kelihatan lebih lasak dengan Gril Depan Baharu, Bampar Depan Baharu dengan Kemasan Bampar Rendah Depan, Kemasan Lampu Kabus Depan Baharu serta Rim Aloi 16-inci Dua-Tona dengan rekaan bentuk baharu. Imej sporty turut kelihatan di bahagian belakang dengan Antena Sirip Baharu dan Bampar Belakang Baharu dengan Kemasan Bampar Rendah Belakang. Penambahbaikan di bahagian luar BR-V Baharu membuatkan model ini tampak lebih lasak.

Dari segi prestasi, BR-V Baharu adalah model yang terbaik dengan kuasa enjin 1.5L SOHC i-VTEC yang digandingkan dengan kotak gear ‘Continuous Variable Transmission (CVT)’ di mana ia dapat menghasilkan kuasa sebanyak 120PS, tertinggi dalam kelasnya. Para pemilik BR-V Baharu juga dapat merasai pemanduan yang mengujakan kerana model baharu ini turut dilengkapi dengan ‘Paddle Shift’*.

Digambarkan sebagai Crossover Serba Boleh, BR-V Baharu mempunyai versatiliti dan keluasan yang dapat memenuhi keperluan keluarga. Konfigurasi fleksibel 60:40 ‘Tilt & Tumble’ Satu Sentuhan di barisan kedua dan 50:50 ‘Tilt & Full Tumble’ di barisan ketiga membolehkan pemilik memaksimumkan ruang untuk penumpang dan kargo mengikut keperluan. Ia juga mempunyai ruang belakang terbesar dalam segmen, iaitu seluas 223 liter apabila semua tempat duduk terpasang dan 539 liter apabila tempat duduk baris ketiga dilipat.

Penambahan ciri-ciri nilai tambah baharu seperti Pembesar Suara ‘Tweeter’, Lampu Kargo dan Penapis Kabin dapat meningkatkan tahap keselesaan BR-V Baharu ini. Varian V dilengkapi dengan Paparan Audio 7-inci untuk menambah keseronokan di dalam kabin. Varian V juga hadir bersama tempat duduk dibalut kulit dengan Kemasan Merah yang dipadankan dengan rekaan tombol gear bebenang merah. Sementara itu, Pendingin Hawa Automatik, Butang Penghidup Enjin dan Kemasukan Pintar Tanpa Kunci adalah ciri standard pada Varian E.

Pelanggan juga mempunyai pilihan untuk memiliki BR-V Baharu dalam warna baharu iaitu Ungu (Marine Purple Pearl), pertama di rangkaian model untuk Honda Malaysia. la menambah gaya keseluruhan kepada imej muda dan bergaya. Pilihan warna untuk BR-V baharu termasuk Putih (White Orchid Pearl), Kelabu (Model Steel Metallic), Perak (Lunar Silver Metallic) dan Merah (Passion Red Pearl). Varian E ditawarkan pada harga RM89,900** manakala Varian V berharga RM96,900**.

Syarikat percaya pelancaran BR-V Baharu bersama pengenalan Accord Serba Baharu dan Civic Baharu akan merangsang pasaran. Sekali lagi, Honda Malaysia ingin menekankan bahawa Syarikat telah melaksanakan protokol kesihatan, kebersihan dan penjarakan sosial yang ketat di semua pengedarnya di seluruh negara untuk menjaga kesihatan para pelanggan dan pekerja Honda. Sanitasi dan disinfeksi pengedar termasuk fasiliti, kereta pandu uji dan pameran model dilakukan secara harian untuk memastikan premis bersih dan selamat.

Untuk maklumat lanjut mengenai Kempen-Kempen Bantuan Kemasyarakatan atau memandu uji BR-V Baharu, para pelanggan dijemput untuk melawat mana-mana 101 pengedar Honda Malaysia di seluruh negara atau menghubungi talian bebas tol di 1-800-88-2020, atau layari www.honda.com.my.

*Ditawarkan untuk Varian V sahaja.
**Harga di atas jalan tanpa insurans.