Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, En. Hironobu Yoshimura mengatakan bahawa tahun 2022 merupakan tahun yang mencabar di mana kekurangan bekalan cip secara global diikuti bencana banjir yang memberikan kesan terhadap pengeluaran kereta. Honda Malaysia meningkatkan lagi strategi pada tahun 2022 dan berjaya mengatasi sasaran jualan dengan sokongan para pemegang saham.
Honda Malaysia meluahkan penghargaan khususnya kepada para pelanggan serta wakil-wakil pengedar yang tidak pernah jemu memberi sokongan terhadap jenama Honda. Begitu juga dengan bantuan yang disediakan kerajaan Malaysia dengan lanjutan pengecualian cukai jualan. Honda sangat menghargai para pelanggannya dan ingin terus memberikan perkhidmatan yang mampu memenuhi kepuasan hati mereka terutamanya kepada mereka yang menempah kereta semasa tempoh pengecualian cukai jualan tempoh hari.
Bagi makluman, prestasi jualan sepanjang tahun 2022 ini datangnya dari pelancaran Civic yang diadakan pada bulan Januari tahun lalu. Meningkatkan lagi keterujaan dalam pasaran, Honda Malaysia sekali lagi melancarkan model lain pula iaitu HR-V pada bulan Julai yang telah mempertingkatkan satu tahap lebih tinggi untuk segmen SUV Kompak sekali gus menjadi salah satu model yang menyumbangkan jualan tertinggi. Ini diikuti pula dengan pelancaran Civic e:HEV RS pada bulan November dan menerima sambutan sangat mengujakan dari pasaran.