HONDA EG KOPI TATT

Saya tidak boleh nafikan bahawa trend ini semakin menular dalam dunia modifikasi di Malaysia. ‘Wire tuck’ atau sorok wire sebanyak yang mungkin supaya bay enjin kereta nampak bersih. Saya yakin, ramai yang cemburu, sakit hati, pedih mata bila tengok enjin bay cantik seperti ini.

Mungkin ramai yang kata, “Ah VTEC, bolehlah buat, wayar tak banyak”.

Itu kenyataan yang salah. Sebenarnya kaedah wire tuck boleh dibuat pada apa jenis enjin sekalipun. Cuma VTEC lebih senang kerana kit wire tuck-nya banyak dijual di pasaran. Bila guna kit, memang separuh daripada kerja dah tak perlu buat. Kit ini memudahkan kerja gumpalan wayar lama kepada satu-dua soket saja. Tetapi harus tahu yang kit ini bukanlah murah. Saya kurang pasti sama ada ia sudah dijual secara rasmi atau tidak di negara 1Malaysia ini.

Selain guna kit, kaedah kedua adalah dengan melakukannya sendiri secara manual. Namun, ia memerlukan kepakaran yang tinggi. Sebabnya, kalau nak trouble shoot satu-satu masalah yang datang nanti memang pening kepala.

Kaedah ini apabila sudah sampai tahap ekstrem, jadilah seperti Honda Civic EG ini. Tak payah air cond, tak payah power stereng. Enjin yang ada adalah semata-mata enjin, malah crossmember bawah pun dibuang.

Ini adalah antara kelompok terawal yang main wire tuck di Pulau Pinang. Mereka bergerak dalam kumpulan kecil, tetapi apa yang pasti semua kereta memang sangat kemas dan bersih.

Sekali tengok rasa macam kereta di Amerka Syarikat. Nama kumpulan mereka juga unik iaitu Kopi Tatt. Pengasasnya ialah brader Lee Eng Tatt, pemilik EG ini.

Dari luar, Civic ini kelihatan tak banyak perubahan. Sepasang fender depan yang dibuat lubang vent, spoiler spoon di belakang, cermin sisi Spoon jenis karbon dan lips Mugen. Dalam ertikata USDM look yang ekstrem, selalunya ada roof rack Yakima mungkin, basikal atau snow board, sticker bomb dan penting sekali tayar yang dikangkangkan.

Jadi, sebenarnya EG kelabu ini tidaklah melambai pun kepada saya waktu sesi penggambaran hari tu. Sungguh, saya tidak sangka ruang dalaman dan enjinnya boleh jadi cantik sampai begitu sekali.

Trend Civic EG sebegini sudah jadi macam kebangsaan di US. Sedangkan di Jepun pun orang dah berapa into dengan EG. Sementara di sini masih ada persimpangan di antara EG USDM dengan EG JDM. Saya memang suka sangat kalau trend beralih ke USDM.

Jika melihat pada ruang dalamannya, set roll cage 6 point jenama Cusco dipasang. Stereng Mugen FG360 super rare, knob gear Mugen dengan short shift J’S dan konsol gear yag ditanggalkan. Thats what we call it trend. U know trend?

Mungkin ada yang perasan rimnya tidak kangkang. Itulah benda yang saya nak cerita. Geng kopitat lebih dipengaruhi stail Jepun pada rimnya. Rim Spoon SW388 15 inci dipadankan dengan tayar Advan Neova AD08 195/55/15. Anda tahu kenapa pakai Neova? Sudah tentulah hendakkan prestasi, kalau dah kepak tayar, nanti kena sakat dengan Kenari YRV mana nak lari?

Suspensi kereta digantikan dengan set boleh laras Cusco hi-lo-soft-hard dengan brek Mugen bersama disc 282mm Project U. Sangatlah sakit jiwa tengok kereta yang nampak sempoi tapi breknya sama harga dengan kos nak pergi Umrah. Brek belakangnya pula daripada DC5 dengan cakera Spoon. Semua brek ini kemudian diperkuatkan dengan selinder utama Wilwood. Bertambah-tambah lah sakitnya ulu hati saya ni.

Adakah enjin kereta ini laju macam roket? Dimodifikasi sampai tahap bulletproof? TIDAK. Kereta ni masih dipandu sebagai pengangkutan harian, tanpa pendingin udara dan stereng kuasa. Ini bukanlah benda kelakar. Memang realiti sebab kelompok begini tak kisahpun panas dan penat tangan memulas stereng. Setiap kali panas, berenti tepi jalan, bukak enjin tengok radiator Koyo dengan enjin berkilat-kilat boleh buat hati jadi sejuk.

Apabila tiba masa nak beraksi, cucuk laptop, tune sana sikit Hondata S300 hati pun gumbira. Ekzos dengan B pipe dan muffler Boarder Max tu dah cukup mengubat hati lara kalau tengah sedih, bertukar ceria. Masuk gear satu, tekan pedal, bila LSD Cusco menggigit dan klac Ogura loceng dilepaskan, senyum boleh sampai telinga.

Korang paham tak apa yang saya cakap ni?

SPESIFIKASI

 

Sumber : Mekanika
Website : https://www.mekanika.com.my/
Facebook : https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram : https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube : https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ