Honda Civic Super 1500 Jadi Pertaruhan


Bertempat di Mainroad Jalan Ampang telah berlangsungnya majlis pelancaran Reiber Racing Team yang diadakan pada 7 Mac lalu oleh Reiber Auto. Syarikat yang juga dikenali sebagai pakar absorber, Reiber Auto ditubuhkan pada tahun 2010 oleh Encik Eezuan Othman (pengarah) dan Encik Velan Hari Om (Ketua Pegawai Eksekutif) yang beroperasi di Pandan Jaya, Kuala Lumpur.

Disebabkan minat mendalam terhadap sukan permotoran serta perbincangan dengan Encik Asrul Ali, maka tercetus idea bersama Encik Eezuan Othman untuk menubuhkan Reiber Racing Team. Jentera Honda Civic Super 1500 dipilih sebagai jentera yang dipandu Asrul Ali dan menyasarkan podium pada setiap perlumbaan MSF yang akan dimulakan pada 15 Mac ini di Litar Antarabangsa Sepang.

Berbekalkan pengalaman serta kemahiran Asrul Ali di arena sukan lumba kereta khususnya di MSF, Reiber Racing Team menaruh kepercayaan dan yakin akan meraih kejayaan. Selain Asrul Ali, majlis pelancaran ini turut dihadiri Pengarah MSF, Tuan Adian Yein bersama barisan penaja Reiber Racing Team seperti Millers Oils, Speed Professor, Bandi Sprayworks, Armorblaze, Millenium Motorsports Asia bersama rakan-rakan media lain.

Diharapkan pembabitan Reiber Racing Team dalam sukan lumba kereta di Malaysia dapat memberikan semangat serta minat khususnya di kalangan para pelanggan Reiber Auto untuk menceburi dan bergiat lebih aktif dalam dunia permotoran.

Perkongsian : Fatin Zulaikha (Reiber Auto)