Honda telah melancarkan Civic Hatchback 2022 dan ia sesuai untuk peminat Civic yang mahukan sebuah kereta lebih kecil berbanding sebuah sedan. Menurut Honda, mereka menjangkakan kereta ini menarik perhatian pembeli dari golongan muda.
Jika diperhatikan di bahagian hadapan, gril Civic Hatchback ini berbeza dengan yang ada pada sedan. Selain itu, perubahan lain adalah di bahagian belakang dan ia tampil lebih kompak memandangkan panjang keseluruhannya adalah 4.9 inci (12.4cm) lebih pendek berbanding versi sedan.
Bahagian bukaannya pula adalah lebih 1.6inci (4.06cm) lebih lebar berbanding Civic Hatchback terdahulu. Ruang kargo pula agak kecil iaitu 24.5 kaki kubik berbanding 25.7 kaki kubik untuk model tahun lepas. Namun begitu, garisan atapnya tampil lebih bergaya berbanding sedan. Lampu jalur LED di bahagian belakang pada bahagian bawah spoiler, tidak sama dengan lampu yang ada pada kereta sedan.
Civic Hatchback ini dilengkapkan dengan kotak gear manual 6-kelajuan dengan enjin aspirasi 4-silinder 2.0 liter yang menghasilkan 158 hp (118 kilowatt) dan tork 138 lb-ft (187 Nm). Ia juga didatangkan dengan enjin caj turbo 4-silinder 1.5 liter yang menghasilkan 180 hp (134 kW) dan 177 lb-ft (240 Nm). Kesemua model didatangkan dengan CVT dan satu-satunya pilihan untuk gred LX dan EX-L. Selain itu, Honda turun menambahbaik bahagian suspensi dan juga stereng pada Civic Hatchback ini agar lebih sporty berbanding sedan.
Bahagian dalam pula, untuk Civic Hatchback LX, Sport, dan EX-L dilengkapi dengan skrin instrumen 7.0-inci dan pemapar infotainment skrin sesentuh 7.0-inci. Manakala untuk varian Sport Touring, dilengkapi dengan monitor instrumen 10.2 inci dan infotainmen 9.0-inci.
Honda akan membangunkan pengeluaran Civic Hatchback ini di kilangnya di Greensburg, Indiana.
Sumber : Motor1