HI-REV torQe PRO 5W-30 dan PRO 5W-40, Tangkas Di Litar, Lancar Di Jalanan

Lazimnya, ramai yang lepas tangan sebaik sahaja membeli kereta baharu kerana beranggapan kerja-kerja penyelenggaraan akan diserahkan selepas dihantar ke pusat servis apabila tiba waktunya seperti yang telah dijadualkan. Selain penjagaan seperti tayar dan bateri, perkara paling utama dan perlu diambil berat adalah keadaan enjin.

 

Setiap kali enjin dihidupkan, bahan pencemar dari produk sampingan semasa proses pembakaran akan terkumpul serta meninggalkan mendapan keras yang sukar dibersihkan. Bagi memastikan keadaan enjin sentiasa bersih, pemilihan dan penggunaan minyak enjin berkualiti adalah sangat penting. Terdapat pelbagai jenama yang menawarkan minyak enjin dan HI-REV antara yang menawarkan minyak enjin berkualiti tinggi.

Minyak enjin sintetik penuh dengan prestasi terkini dari HI-REV, torQe PRO 5W-30 dan PRO 5W-40 terbukti di litar perlumbaan dan juga sesuai digunakan untuk setiap jenis pemanduan, sama ada di litar mahupun di atas jalan raya.

Diformulasikan dari minyak asas sintetik berkualiti tinggi dengan Ester Plus, torQe PRO 5W-30 dan PRO 5W-40 menawarkan perlindungan enjin optimum walaupun kenderaan enjin sedang bergerak ketika suhu tinggi yang ekstrem. Minyak enjin torQe PRO 5W-30 dan torQe PRO 5W-40 dengan formula penstabilan kepanasan unik (Heat Stabilizer Formula) telah menguasakan pasukan HI-REV Racing untuk mengecapi kemenangan demi kemenangan dan muncul sebagai juara di Vios Cup Champion di perlumbaan 1000km Sepang.

Ciri-ciri

Standard Prestasi

Untuk maklumat lanjut, hubungi
POSIM Petroleum Marketing Sdn. Bhd.
Wisma POSIM, Lot 72, Persiaran Jubli Perak,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
No Tel : 03-5102 2999
Emel : marketing@posim.com.my
Facebook : https://www.facebook.com/hirevjunction/
Web : http://www.hi-rev.com.my