Setakat ini sahaja, beberapa versi BMW M2 serba baharu yang diubah dikongsi di alam maya. Mungkin ada yang mudah percaya terhadap manipulasi sertiap pixel, datang dari idea para pencinta audio terhadap kereta sport ini. Pada mata mereka, inilah rekaan yang dimahukan. Mungkin!
Sejak beberapa hari lepas juga, bermacam-macam rekaan unik dan juga pelik telah muncul. Terbaharu, percubaan untuk memberikan ‘senyuman’ terhadap kereta sport yang tampil agak garang ini. Anggaplah ia idea yang sesuai untuk filem Hollywood dan bukannya datang dari industri kereta sendiri. Boleh begitu?
Proses CGI telah menjadikan kereta stok ini tampil lebih lebar. Bahagian tengahnya lebih besar dan trim terbaharunya di bahagian lohong udara juga dibentuk semula. Spoiler juga tidak ketinggalan, menerima angin perubahan. Namun, grille BMW ini telah dikecilkan sedikit dan bahagian hood telah diwarnakan hitam sehingga ke bahagian atap.
Sayangnya, SPDesignsest masih belum menyentuh bahagian belakang buat masa ini. Jika mereka buat, tentunya bahagian belakangnya juga bertambah lebar. Kemungkinan trunk lid jadi semakin pendek dan sesuatu pasti dilakukan di bahagian bampar dan diffuser juga. Bila diperhatikan dengan teliti, mungkin ia tampil agak cantik berbanding rekaan asalnya. Setuju?
Sumber : Autoevolution