Pengedar rasmi kereta Proton di Nepal, Jagdamba Motors telah melancarkan secara virtual kereta nasional Malaysia di negara itu baru-baru ini dan kereta Proton Saga menjadi kereta pertama yang diedarkan di sana. Jagdamba Motors telah membawa masuk 2 varian Saga iaitu manual dan premium dengan harga Rs 3.5 juta (RM122,716 ) untuk varian 1.3 Standard MT dan Rs 3.95 juta (RM136,540) untuk Premium AT.
Kereta sedan segmen-B tersebut menggunakan enjin bersesaran 1,299cc berkuasa 91PS dan tork 117Nm. Saga ini didatangkan dengan kotak gear manual 5-kelajuan atau 4-kelajuan automatik. Bagi ciri-ciri keselamatan, varian Premium AT dilengkapi dengan sistem brek ABS, EBD, BA dan juga kawalan kestabilan elektronik, kawalan traksi, sensor parking depan dan belakang, kamera undur dan anti-penggera.
Manakala untuk sudut infotainment, Saga ini dilengkapi dengan panel skrin sesentuh 7” yang boleh disambungkan dengan telefon pintar dan Bluetooth. Selain itu, ia juga mempunyai stereng boleh-ubah yang menyambungkan panggilan telefon.
Sumber : MeroAuto