Harga Bermula Dari RM75,670, Penghantaran Terawal Januari 2022 Nanti

Sebagaimana yang diketahui umum, City Hatchback adalah pengganti Honda Jazz GK yang tidak dipasarkan ke beberapa pasaran Asia Tenggara lain termasuk Malaysia. Sebanyak tiga varian City Hatchback yang ditawarkan di pasaran Malaysia; model 1.5 S ditawarkan pada harga bermula dari RM75,670, varian 1.5E berharga RM83,060 dan 1.5 V pada harga RM87,860.

Bagi makluman, penghantaran terawal City Hatchback yang telah ditempah akan mula dibuat pada Januari tahun hadapan. Harga-harga yang dinyatakan tadi adalah harga atas jalan tanpa insuran dan juga pengecualian cukai jualan oleh kerajaan sehingga 30 Jun 2022.

City Hatchback ini merupakan inspirasi daripada versi sedan dengan hanya membuang but belakang menjadikan ia lebih pendek dan lebih tinggi. Selain itu, bahagian-bahagian lain dikekalkan termasuk lebar dan jarak roda. Ia juga lebih panjang daripada Honda Jazz GZ sebelum ini. Bahagian interior juga berkongsi dengan model sedan; roda stereng, papan pemuka dan tempat duduk hadapan. Seperti Honda Jazz, City Hatchback ini juga menampilkan konfigurasi Ultra Seat dengan tempat duduk fleksibel yang boleh dilaraskan mengikut mod yang disediakan iaitu Refresh, Tall, Long dan Utility.

Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut tentang City Hatchback ini, layari https://www.honda.com.my/model/city-hatchback