Dunia automotif pasti menjadi lebih meriah dengan persaingan hebat dari beberapa pengeluar terkenal dunia seperti Mercedes-Benz, Audi dan Alfa Romeo jika kesemua jenama ini menawarkan persaingan secara terus kepada BMW M2. Malangnya, masih tiada persaingan seumpama itu. Namun, ia tidak menghalang seorang pereka iaitu Guilherme Araujo untuk berimaginasi mencipta sebuah kereta yang kelihatan seperti Alfa Romeo untuk menandingi M2!
Sebagaimana bahagian hadapannya sudah cukup mengujakan, tidak kurang juga penampilan sisi GTS ini. Garisan di bahagian bahunya yang ditarik dari lampu hadapan sehingga lampu belakang, begitu juga kamera yang ditempatkan di cermin sisi. Bergerak ke arah belakang, anda dapat melihat lampu belakang LED yang ringkas dengan diffuser.
Namun begitu, Araujo tidak membuat rekaan ini dengan memikirkan mana-mana enjin tetapi jika Alfa Romeo membina kereta coupe seperti ini, pastinya ia menggunakan enjin V6 twin-turbo 2.9 liter Giulia Quadrifoglio dan menjadi salah sebuah kereta sport terbaik di pasaran. Setuju?
Sumber : Carscoops