Hanya EV Dari Honda Menjelang 2040?

Honda menyasarkan menjual barisan kenderaan elektrik (EV) sahaja di peringkat global menjelang tahun 2040. CEO Honda, Toshihiro Mibe mengakui ia agak mencabar tetapi ingin menetapkan sasaran yang tinggi. Honda ingin memastikan nisbah kenderaan elektrik (EV) dan kenderaan sel bahan api (FCEV) yang dijual di pasaran utama mencecah 40 peratus pada tahun 2030.

Syarikat gergasi Jepun itu turut menyasarkan ia akan meningkat kepada 80 peratus menjelang tahun 2035 sebelum 100 peratus pada tahun 2040 di peringkat global.

Dalam pada itu, Honda juga bakal melabur sebanyak 5 trillion yen di dalam unit pembangunan dan penyelidikan (R&D) untuk mencapai sasaran tersebut. Pengumuman tersebut dibuat sehari selepas Perdana Menteri Jepun, Yoshihide Suga mengumumkan sasaran untuk mengurangkan 46 peratus emisi menjelang 2030. – JapanToday.

Sumber : Mekanika