Hanya Dipasarkan Untuk Jepun Dan Australia!

Generasi ketiga Mazda6 telah berada di pasaran untuk sedekad, model ini masih lagi terjual dan menerima permintaan yang tinggi di seluruh dunia. Bagi meraikan ulang tahun ke-20 yang mana generasi pertamanya dilancarkan pada tahun 2002, model edisi khas telah pun dilancarkan baru-baru ini.

Setakat ini, Mazda6 20th Anniversary Edition hanya diumumkan di pasaran Jepun dan Australia dan ditawarkan dalam varian sedan serta wagon. Kedua-dua model JDM dan Aussie ini ditawarkan dalam pilihan warna Artisan Red atau Rhodium White. Selain itu, didatangkan dengan roda 19-inci perak berkilat untuk kedua-dua negara. Ia juga didatangkan dengan lencana fender yang mengatakan status istimewa bersama-sama grille hadapan berwarna silver.

Logo 20th Anniversary telah ditenun pada headrest (rehat kepala) hadapan dan Mazda menggunakan kulit Nappa serta trim warna perang matt untuk menaikkan lagi seri pada bahagian kabin ini. Bagi pasaran domestik, ia ditawarkan dengan sunroof slaid elektrik sebagai kelengkapan standard.

Sebagaimana MX-5 Miata, Mazda6 masih menggunakan infotainment generasi sebelumnya. Di pasaran Australia, ia dilengkapi dengan enjin gasolin 2.5 liter turbocharged yang menghasilkan 235hp (173kW) pada 4,250 rpm dan tork masih dikekalkan 420Nm pada 2,000 rpm. Anda akan memperolehi 8Nm ekstra pada 4,250 rpm. Mazda juga telah memperbaiki transmisi automatik 6-kelajuan untuk penukaran gear yang pantas dan meningkatkan respon pedal.

Manakala untuk pasaran di Jepun, Mazda ini dilengkapi dengan enjin turbo diesel 2.2 liter untuk menghasilkan 200hp (147 kW) pada 4,000 rpm dan 450 Nm pada 2,000 rpm. Mazda6 20th Anniversary Edition mula dijual di Australia pada awal tahun 2023 dengan harga yang masih belum diberitahu. Bagi pasaran Jepun, ia akan dilancarkan pada hujung bulan Disember.