Hanya 24 Unit Dibina, Ford RS200 Evolution Ini Dapat Bidaan Tinggi?

Setakat hari ini, dilaporkan hanya beberapa unit Ford RS200 masih wujud yang ada di atas jalan raya dan antara yang paling jarang ditemui adalah Evolution. Ford telah membina sebanyak 200 unit RS200 yang bertujuan memenuhi keperluan Kejuaraan Rali Dunia grup B dan hanya 24 telah dijadikan sebagai model Evolution!

Evolution yang anda lihat sekarang ini sedia untuk dilelong menerusi Bring A Trailer dan ianya telah dibeli oleh pemiliknya yang berada di Norway pada tahun 2017. Ianya telah dibina semula, menjalani beberapa kerja penambahbaikan sebelum diimport ke Amerika Syarikat pada tahun 2018 dengan hanya 800km yang dicatatkan pada odometer.

Bahagian exterior dikemaskan dengan warna putih yang cukup ringkas dengan spesifikasi Evolution seperti rim Speedline 16-inci dengan warna kelabu di bahagian tengah juga dibalut dengan tayar 245/45 Falken FK451 di keempat-empat bahagian.

Bahagian kabin pula, dilengkapi dengan tempat duduk fixed-back bucket dengan fabrik berwarna kelabu, alat pemadam api, dashboard yang juga berwarna kelabu, stereng yang dibalut dengan kulit, alat pengukur untuk memantau tahap bahan api, tekanan bahan api, voltan dan juga peningkatan tekanan.

Kereta rali ikonik ini dikuasakan oleh enjin turbocharged 4-silinder 2.1 liter dengan enjin blok aluminium yang menghasilkan sekitar 600hp dan dihantar kepada keempat-empat roda. Disepadankan dengan transmisi manual 5-kelajuan. Selain itu, menurut maklumat yang diberikan, enjin kereta ini telah dibina semula pada Februari tahun 2018 oleh Geoff Page Racing Of Maldon, Essex.

Sumber : Carscoops