Hanya 200 Unit Edisi Khas, Bakal Dikeluarkan Pada Tahun 2023

Toyota GR Corolla sudah pun dikenali sebagai salah satu hatchback yang mempunyai permintaan sangat tinggi di pasaran. Kini, Toyota menambahkan lagi keterujaan terhadap model ini dengan mengumumkan edisi Morizo yang tampil lebih lasak dan hanya dikeluarkan sebanyak 200 unit sebagai model tahun 2023!

Sebelum itu, serba sedikit tentang Toyota GR Corolla edisi Morizo yang namanya berasal daripada nama panggilan presiden Toyota, Akio Toyoda. Model istimewa ini digunakan untuk edisi litar sebagai titik permulaan dan mencipta jentera yang lebih kelayakan di atas trek.

Bagi makluman, Edisi Morizo ini masih menggunakan enjin 3-silinder G16E-GTS 1.6 liter caj turbo tetapi tork telah dipertingkatkan kepada 295 lb-ft (400 Nm) berbanding 273 lb-ft (370Nm) untuk model biasa dan juga edisi Circuit. Penalaannya telah diubah yang bermaksud tork maksima adalah dari 3,250 hingga 4,600 rpm untuk Morizo, berbanding yang biasa iaitu 3,000 to 5,500 rpm. Manakala kuasa kudanya masih lagi 300hp (224 kW).

Edisi Morizo ini mengekalkan kotak gear manual 6-kelajuan tetapi dengan penggearan lebih pendek yang bermaksud, pecutan lebih pantas. Bagaimanapun, Toyota masih belum mengeluarkan spesifikasi lengkap untuk model istimewa ini atau untuk GR Corolla biasa. Nisbah untuk gear juga lebih pendek.

Selain itu, Edisi Morizo juga mempunyai anggaran berat sebanyak 1,445 kg iaitu 48kg kurang daripada Edisi Circuit Corolla GR yang seberat 1,493kg. Pengurangan berat ini termasuk dengan menanggalkan tempat duduk belakang, speaker belakang, pengawal selia tingkap belakang, bilah pengelap belakang dan motor pengelap belakang.

Edisi Morizo ini didatangkan dengan roda aluminium 18-inci 10 jejari berbanding berbanding aloi biasa. Model khas ini menggunakan tayar 245/40 Michelin Pilot Sport Cup 2 berbanding kebiasannya iaitu 235/40 Pilot Sport 4. Selain itu, ia juga menerima sentuhan eksterior yang cukup berbeza.

Bahagian fascia hadapan dilengkapi dengan saluran penyejukan brek hadapan. Spoiler belakang pula lebih kecil berbanding Edisi Circuit. Edisi Morizo ini terdapat pada warna baharu, warna kelabu model eksklusif dengan kemasan matte dan juga warna Windchill Pearl.

Upholstery kabin untuk Edisi Morizo ini merupakan gabungan Brin Naub sued tiruan dan juga kulit sintetik dalam warna kombo hitam-merah. Manakala kawasan belakangnya mempunyai dua pendakap untuk sokongan struktur ekstra. Menurut Toyota, bahagian ini cukup ruang untuk memuatkan empat tayar untuk hari litar!

Sumber : Motor1